fbpx
Qabil meraih kemenangan pada kedua-dua perlumbaan pembukaan ESBK 2025 yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Cungkil bakat mudah, tapi urusnya sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK ada yang lebih membanggakan apabila mendengar lagu Negaraku dikumandangkan serta Jalur Gemilang dinaikkan di luar dari Malaysia apabila ada atlet negara mencapai kejayaan setiap kali bersaing.

Kejayaan pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan melakar dua kemenangan berturut-turut pada aksi di Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Jerez, Sepanyol hujung minggu lalu sukar untuk dileraikan dengan kata-kata.

Itu adalah harapan besar setiap peminat sukan tanah air yang pastinya bangga melihat anak watan yang mampu berada di podium utama, namun lebih daripada itu Qabil membuktikan bahawa program pembangunan sukan tanah air tidaklah terlalu ‘ceroi’.

Keinginan dan bakat yang dimiliki ahli sukan negara masih memenuhi standard dunia, biarpun Qabil terlepas dua sesi ujian rasmi pasukan pada Mac lalu di Jerez dan Alcaraz, namun ‘lagaknya’ menawan Jerez seakan dia sudah terbiasa dengan trek berkenaan.

Beraksi bersama pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly, pelumba berusia 13 tahun itu berjaya menafikan keinginan dua ‘budak Sepanyol’, Izan Rodriguez dan Andres Garcia yang memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri.

Semua itu menjadi bukti bahawa Malaysia tidak ketandusan bakat, sekali gus membuktikan kita sebenarnya tidak ada masalah dalam proses mengenal pasti bakat dan menggilap potensi.

Namun, apa yang meresahkan adalah mengenai pengurusan bakat apabila ramai jaguh-jaguh pada pe­ringkat bawah umur, sebahagiannya hilang apabila meningkat usia.

Ada juga di antara mereka berdepan masalah untuk be­rsaing pada tahap tertinggi sekali gus menyaksikan kebolehan yang mereka ada dengan pencapaian dilakukan pada usia remaja seakan tidak memberikan apa-apa makna.

Tidak dinafikan ada juga di antara mereka, seiring peningkatan usia memilih untuk beralih bidang meninggalkan dunia sukan, namun konteks pengurusan bakat yang dibincangkan ini adalah melibatkan mereka yang menempa nama pada usia muda, tetapi gagal bertahan dan terus lenyap.

Sudah pasti apabila persoalan seperti ini timbul, ada pihak yang menuding jari dan natijahnya, Kementerian Belia dan Sukan jugalah yang diletakkan beban tanggungjawab sepenuh-penuhnya.

Hakikatnya, mencungkil dan menguruskan bakat perlu digembeling oleh semua pihak, persatuan sukan ada peranan dan konglomerat juga ada tugas yang perlu dimainkan untuk memastikan bakat-bakat sukan kita mampu kekal bertahan.

Tugas seorang atlet adalah memastikan prestasi mereka berada pada tahap tertinggi dan terbaik, tapi kalau soal penajaan pun mereka perlu fikirkan, alamatnya tidak lama lah mereka mampu bertahan.

Kita mengimpikan kombinasi mantap seperti mana Sergio Perez yang bertahan untuk tempoh yang lama dalam perlumbaan F1 kerana di belakangnya wujud individu bernama Carlos Slim.

Justeru, untuk menyaksikan satu lagi bakat seperti yang dimiliki oleh Qabil lenyap, ia akan menjadi satu lagi episod malang buat industri sukan negara dan impian pelumba berasal dari

Terengganu ini untuk beraksi di saingan MotoGP wajar untuk sama-sama kita realisasikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN