fbpx
BUNG Moktar ketika mengadakan lawatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai. -Foto: Ihsan Kementerian Kerja Raya Sabah.

Kaji tubuh Suruhanjaya Air Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya Sabah sedang melaksanakan kajian membabitkan semua peringkat dalam usaha menubuhkan Suruhanjaya Air Sabah bagi dikemukakan kepada Kabinet negeri.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kajian berkenaan dilakukan secara menyeluruh termasuklah dari segi perundangan dan peringkat kerajaan tempatan.

“Kerajaan negeri sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Oleh itu, kita menjalankan kajian secara terperinci dan menyeluruh.
“Apabila tiba masanya, perkara ini akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri,” katanya selepas mengadakan lawatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini berkaitan penubuhan Suruhanjaya Air Sabah yang dikemukakan kepada Kabinet sebelum ini.

Mengulas mengenai lawatannya itu, Bung Moktar menyatakan masalah yang dihadapi penduduk di sekitar kawasan DUN berkenaan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Saya dapati antara masalah yang dihadapi penduduk adalah jalan raya yang tidak diselenggara sejak berpuluh tahun, masalah perparitan tersumbat, masalah setinggan, kecurian air dan elektrik.

“Selain itu, penduduk di Bandar Sierra pula menghadapi masalah bekalan air.

“Pemaju di kawasan itu gagal menyediakan tempat penyimpanan untuk membekal air kepada penduduk setempat. Bekalan air di sini cukup namun tiada tempat penyimpanan yang mencukupi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN