fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa Perak, Selangor, KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 4 petang ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Langkawi), Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin). 

“Hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Johor (Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” lapor MetMalaysia.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis) manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. 

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN