KUALA LUMPUR – Isu gelandangan di sekitar ibu negara semakin membimbangkan apabila jumlah individu yang hidup merempat di kaki lima dan lorong gelap meningkat antara 20 hingga 30 peratus setiap tahun. Kebanyakan mereka bukan berasal dari ibu kota, sebaliknya berhijrah dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Perak dan Johor untuk mencari pekerjaan, namun ramai yang kehabisan wang sebelum sempat mendapat kerja. Akibatnya, ada yang terpaksa hidup di jalanan kerana kesempitan wang, manakala sebahagian lagi sengaja memilih kehidupan itu demi kebebasan tanpa terikat……














