fbpx
MERCU tanda ‘Tanah Terselatan di Benua Asia’ di Pontian, Johor.

Taman Negara Tanjung Piai penghujung benua Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK lengkap sekiranya pengunjung yang bertandang  ke Pontian, Johor tidak menjejakkan kaki ke Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP) yang popular dengan julukan ‘tanah selatan penghujung benua Asia’.

Dari perspektif geografi, Tanjung Piai yang juga dikenali sebagai Cape of the Golden Leather Fern terletak di sudut yang sangat istimewa di dunia.

Secara tepatnya, Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 Utara dan longitud 103.30.46 Timur yang merupakan penghujung Selatan di daratan Asia atau lebih tepat benua Eurasia.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa tempat di mana dua negara jiran (Singapura dan Indonesia) dapat dilihat serentak.

Mercu tanda gentian konkrit berwarna kelabu berukuran 20 meter tinggi dan 10 meter lebar itu telah dibina oleh kerajaan negeri Johor pada tahun 2001. Ia juga bertujuan menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah paku piai (Acrostichum aureum) diukir pada permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama deretan pokok bakau di situ. 

Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar tanah terselatan benua Asia supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Menurut Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar, terdapat enam  taman negara di Johor dan salah satunya adalah TNJTP yang merupakan tanah terselatan di  Asia.

TAUFIK BAHAR menggunakan teropong untuk melihat burung-burung hijrah.

Katanya, TNJTP diwartakan pada tahun 1997 untuk melindungi tapak unik itu terutamanya paya bakau dan kawasan berlumpur yang saling memberikan fungsi penting kepada ekosistem sedia ada.

Menurut beliau, pada 31 Mac 2003, TNJTP, Taman Negara Johor Pulau Kukup dan Sungai Pulai telah diistiharkan oleh Konvensyen Ramsar sebagai Tapak Ramsar atau tanah lembap berkepentingan antarabangsa.

“Dari sudut Tanjung Piai, ia menepati sudut dunia yang sangat istimewa kerana merangkumi rangkaian jalan sepanjang 1.2 kilometer (km) untuk dilalui oleh para pengunjung,” katanya.

Ujarnya, sebagai menandakan pengunjung telah sampai ke tanah terselatan di benua Asia, pengunjung perlu berjalan kaki menelusuri pokok-pokok bakau sejauh 1.2km untuk sampai ke ‘Globe’.

“Pihak kami akan memberikan  mereka sijil bagi menandakan mereka telah sampai ke lokasi itu,” jelasnya.

‘GLOBE’ sebagai tanda titik akhir tanah terselatan di Asia.

Antara  keistimewaan TNJTP,  merupakan lokasi bagi mereka untuk peminat burung merakamkan kehadiran burung-burung hijrah musim sejuk bermula dari September hingga Mac  pada setiap tahun.

“Antara spesies burung yang sering direkodkan hadir adalah burung air seperti kedidi kaki merah, kedidi kaki hijau, kendi pisau raut serta burung pemangsa seperti helang madu dan black bazar,” ujarnya.

Terletak di sepanjang Laluan Asia Timur-Australasian, paya bakau dan dataran berlumpur, Tanjung Piai menjadi tempat persinggahan bagi burung hijrah semasa musim migrasi sejuk dari September hingga Mac. 

“Sekurang-kurangnya 49 spesies burung telah direkodkan, termasuk helang seperti helang merah, pekaka dan puchong kelabu serta burung-burung bakau,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN