Gambar hiasan

Jangan pelik ramai kena tipu ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sejak dulu kita sering membaca berita mengenai pelbagai jenis orang ditipu sindiket scammer seperti penipuan pekerjaan, bekerja dari rumah, pelaburan di Facebook, projek cendawan dan banyak lagi.

Kita akan marah kepada mangsa, macam mana orang yang bekerja sebagai juruterbang, jurutera, cikgu dan pesara iaitu mereka yang berpelajaran boleh kena tipu.

Kita marah mereka dengan perkataan bodoh, tidak baca berita ke hari-hari dilaporkan kes penipuan dan pelbagai lagi andaian untuk mangsa.

Mana tak marah kan kalau seorang juruterbang boleh kena tipu sampai RM1 juta dengan pelaburan di Instagram. Ada juga bekas jurutera rugi RM9 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud.

Kita terfikir macam mana mereka terperdaya dan percaya dengan pelaburan yang hanya dilihat sekadar di Instagram dan Facebook, malah di WhatsApp.

Senang mereka percaya dan serahkan bulat-bulat duit sampai berjuta-juta.

Kita kena tahu kehidupan mereka tidak sama dengan kita. Ada orang sejenis suka melayari portal berita. Ada orang suka tengok TikTok. Ada orang suka tengok Facebook dan percaya bulat-bulat apa dibaca.

Ada juga orang yang jenis tidak berkawan dan hidup dengan dunianya sendiri. Ini adalah golongan yang senang kena tipu.

Jika kita sejenis suka bergaul, ada ramai kawan kita akan ada pelbagai pandangan tentang kehidupan dan 1,001 cerita orang lain yang boleh dijadikan pengajaran.

Teringat pada seorang rakan serumah ketika awal-awal bekerja dahulu. Dia bukan sejenis yang mesra, tetapi mempunyai pekerjaan yang bagus.

Dia memakai baju yang agak berbau kerana tidak dijemur dengan baik, tidak tahu masak nasi bubur (benda paling senang). Memasak dalam keadaan tingkap semua tertutup dan suka buat hal sendiri.

Kita tidak boleh salahkan dia kerana mungkin tidak diajar soal penjagaan diri dan memasak. Keluarga kita tidak sama dengan keluarga dia ditambah pula dia tiada kawan yang boleh memberi sudut pandangan lain kepadanya.

Disebabkan dirinya begitu, dia mudah terperdaya dengan kenalan yang tidak dikenali di media sosial. Dia pernah memberitahu tanpa segan silu berkawan dengan seorang lelaki Afrika di media sosial.

Wajahnya berbunga-berbunga seakan bangga akhirnya mempunyai kenalan lelaki yang ambil berat dan berbual dengannya setiap hari.

Itulah situasi dan perangkap yang dipasang oleh scammer ‘untung sabut timbul’. Mungkin dalam 20 panggilan sehari yang dibuat scammer, ada 15 orang kesunyian yang boleh buat drama Romeo dan Juliet. Ini penipuan cara dulu.

Begitu juga trend sekarang pelaburan di media sosial sekarang. Mudah mereka kena tipu. Bagi kita yang tiada simpanan juta-juta, kita marah dan kecewa mereka senang kena tipu.

Memang mereka tidak membaca berita Kosmo! setiap hari kerana hidup dalam dunia mereka sahaja. Ada orang yang hidup percaya kepada media sosial termasuk percaya dengan video salji turun di Cameron Highlands.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN