fbpx
NORMAH menunggu kehadiran pelanggan yang hampir tiada di kedainya di Tapah semalam.

‘Dahulu dapat RM6,000, kini separuh saja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Peniaga di sekitar pekan Tapah resah apabila laluan jalan raya dijadikan sehala telah menyebabkan perniagaan mereka terjejas sejak 23 Ogos lalu.

Peniaga yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana mendakwa, mereka yang selama ini bergantung dengan pendapatan perniagaan mula ‘terduduk’ apabila jualan tidak seperti biasa sejak beberapa bulan ini.

Pemilik kedai runcit, C. Thanabalan, 53, mendakwa, sistem laluan sehala itu ibarat ‘bala’ bagi perniagaannya yang menyebabkan jualan merosot lebih 50 peratus.

“Adat orang berniaga kadang-kadang untung rugi selain persaingan kedai serbaneka 24 jam, pasar raya dan secara dalam talian, tetapi sistem laluan sehala benar-benar menjejaskan saya kerana majoriti pelanggan ialah penduduk taman perumahan di sekitar kawasan ini.

“Mereka (pelanggan) tidak boleh ke kedai saya apabila laluan empat lorong itu dijadikan dua lorong termasuk hanya dibenarkan pusingan U semata-mata,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Chadran mendakwa, sejak pelaksanaan sistem laluan sehala itu menyebabkan pendapatan bersih perniagaannya merosot daripada RM6,000 sebulan kepada RM3,000 sahaja.

“Saya runsing kerana 80 peratus barangan runcit tidak terjual, malah roti yang dibekalkan oleh pembekal kebanyakannya telah rosak kerana telah tarikh luput,” katanya.

Bagi seorang seorang peniaga kasut dan pakaian, Normah Abdul Wahab, 50, yang telah berniaga sejak 2006 mendakwa, jualan kedua-dua perniagaannya itu telah merosot lebih 80 peratus sejak empat bulan yang lalu ekoran pelaksanaan sistem laluan sehala itu.

“Dahulu, kedua-dua kedai saya boleh memperoleh pendapatan kasar sehingga RM500 hingga RM600 sehari, tetapi kini untuk dapat RM100 pun sukar.

“Ada masanya jualan hanya RM10 sehari. Sewa kedai juga tertunggak selain perlu menggunakan simpanan wang dan barang kemas telah habis dijual bagi menampung kos operasi perniagaan semasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN