fbpx
CHOY KENG

Wanita mengaku tidak bersalah pukul dua ekor kucing hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang broker wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan memukul dua ekor kucing betina sehingga mati pada Disember lalu.

Tertuduh, Hah Choy Kheng, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, dia dengan kejam didakwa memukul seekor kucing betina baka tempatan berwarna oren dan seekor anak kucing betina baka tempatan berwarna putih-kelabu dengan besi sepanjang 75 sentimeter hingga menyebabkan kematian kedua-dua kucing itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan kira-kira pukul 1.20 petang pada 29 Disember lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah pokok berhampiran pondok berbumbung di kawasan padang permainan Blok B1, Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini.

Choy Kheng didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda di antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar negeri, Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh diwakili peguam, Shamsher Singh Thind.

Tertuduh dibenar diikat jamin sebanyak RM10,000, manakala tarikh sebutan semula ditetapkan pada 4 Mac depan.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan polis menahan seorang wanita selepas memukul dua ekor kucing iaitu kucing sedang bunting sehingga mati, manakala seekor lagi cedera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI