KUALA LUMPUR – Lambakan kandungan video tip solekan di media sosial memberi pengaruh besar termasuk kepada golongan kanak-kanak untuk berdandan. Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, penggunaan alat solek dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan tekanan sosial dan tekanan rakan sebaya sehingga mereka membesar menjadi remaja. “Zaman sekarang apabila ada kanak-kanak yang tidak bersolek, ia memberi tekanan daripada rakan sebaya yang mungkin boleh menyebabkan mereka rasa seperti ketinggalan atau tertekan untuk menyesuaikan diri dengan……














