fbpx
SELAIN menjamin sumber makanan, produk pertanian juga perlu bebas racun berbahaya.

Sumber makanan selamat melalui inovasi pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEKURITI makanan merupakan salah satu keperluan, terutamanya dalam memastikan kelangsungan sumber dapat dikekalkan buat generasi masa hadapan.

Bukan sekadar itu, keterjaminan makanan juga penting terutama ketika negara darurat seperti yang berlaku ketika pandemik Covid-19.

Namun begitu, dalam menjamin sumber makanan yang berterusan, keselamatan makanan juga perlu dititikberatkan terutamanya dalam memastikan ia bebas daripada pencemaran racun.

Dalam usaha untuk menyampaikan mesej pertanian pintar tanpa bahan racun kimia berbahaya, syarikat peneraju teknologi dan pertanian,

ABS Greentech Sdn. Bhd. (ABS Greentech) telah menganjurkan Pameran dan Persidangan Antarabangsa 2nd Asia Smart Farming & Food Security 2024 (ASF 2024).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ABS Greentech, RM Ravichanda, program yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan

Teknologi Malaysia (MTDC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu merupakan platform untuk memperkenalkan inovasi dalam dunia pertanian.

“ASF 2024 memberi tumpuan secara strategik pada teknologi pertanian pintar terkini, meliputi pengetahuan dan latihan mengenai teknologi

Pengurusan Serangga Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management) dan NoSelf As Nature Does (NoSelf AND).

“Bukan sekadar pameran, ASF 2024 juga mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat pertanian gergasi dunia untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baharu dalam bidang pertanian.

“Teknologi ini mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar,” katanya ketika ditemui Infiniti pada majlis perasmian ASF 2024 di Dewan Bankuet UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini.

INOVASI pertanian turut melibatkan penghasilan baja tani bebas bahan berbahaya.

Tambahnya, dengan memberi penekanan kepada pertanian tanpa penggunaan bahan racun kimia, pihaknya berharap dapat mencipta kesedaran dalam kalangan petani dan pengguna mengenai pentingnya pengeluaran makanan selamat serta mesra alam.

Kongsinya lagi, penganjuran ASF 2024 berjaya mencapai sasaran, menerusi kerjasama baharu yang akan memberi manfaat kepada syarikat tempatan, seterusnya memberi impak positif kepada petani dan masyarakat di negara ini.

Beberapa memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani termasuk, ABS Greentech dan IFFCO-Nanoventions Private Limited, ABS Greentech dan Western Power China, ABS Greentech dan Innofriends untuk projek tenaga boleh diperbaharui serta ABS Greentech dan AND Biological B.V. (Belanda) untuk memperkenalkan teknologi NoSelf (DNA).

“Kerjasama ini akan membawa teknologi terkini ke Malaysia seperti ladang solar, sistem pengurusan perosak maju, penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dan pembungkusan makanan lestari.

“Acara ini adalah dari petani untuk petani. Kita sedang membina masa depan pertanian yang lebih sihat dan mampan untuk Malaysia serta dunia,” ujarnya.

Sementara itu, ABS Greentech bersama UPM, MARDI dan MTDC turut mengambil langkah untuk menarik lebih ramai golongan muda menceburi sektor pertanian.

“Cabaran utama dalam sektor pertanian hari ini adalah kekurangan minat dalam kalangan generasi muda. Ramai petani Malaysia semakin berusia, dan tiada waris.

“Dengan menyediakan latihan dan pengetahuan, kami ingin menunjukkan bahawa pertanian boleh berkembang dengan teknologi moden,” kongsinya.

Pihak penganjur ASF 2024 turut menawarkan program latihan yang menumpukan kepada amalan pertanian moden, termasuk penggunaan teknologi pertanian tepat dan Integrated Pest Management (IPM) tanpa bahan kimia.

“Ilmu tentang teknologi terkini memainkan peranan penting.

“Petani muda akan dilatih menggunakan data dan peralatan berteknologi tinggi untuk mengoptimumkan hasil tanaman mereka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN