fbpx
Keadaan banjir di Hulu Terengganu sejak kelmarin.

Banjir pun jadi bahan lawak, politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RATUSAN ribu rakyat di negeri Pantai Timur serta negeri lain kini berada dalam kesusahan dan berdepan detik cemas dalam menghadapi situasi banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL).

Menerusi media sosial terutamanya di aplikasi TikTok, ramai yang dilihat memuat naik video serta melakukan ‘live’ bagi mengemas kini keadaan banjir di kawasan masing-masing.

Dalam menelusuri setiap kandungan yang terhidang, mata penulis sempat ‘menangkap’ komen-komen jahat daripada segelintir individu yang bertindak mempolitikkan serta menjadikan musibah itu sebagai bahan jenaka.

Penulis agak hairan, sekali gus terpana melihat komen-komen sedemikian terhadap musibah banjir yang berlaku terutamanya di Kelantan, sedangkan kejadian itu telah meragut nyawa beberapa penduduk.

Adakah sudah tiada akal yang waras dan belas kasihan dalam diri individu yang menaip komen-komen jahat sedemikian?

Pada Rabu lalu, kita dikejutkan dengan perkhabaran duka mengenai seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik di kediamannya di Kampung Banir Belikong, Pasir Puteh, Kelantan.

Mangsa berusia 33 tahun itu terkena renjatan elektrik ketika mahu menutup suis mesin basuh yang berada di depan rumahnya yang sudah dinaiki air dengan keadaan arus yang begitu deras.

Mangsa terkena renjatan elektrik pada pukul 4.57 pagi dan ditemukan tersangkut pada pokok bunga beberapa meter dari lokasi kejadian.

Selain itu, ada mangsa pula yang lemas.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, orang awam perlu berwaspada ketika banjir kerana air merupakan konduktor.

“Sedih apabila mendengar khabar itu dan salah seorang anak mangsa melihat kejadian tersebut. Salam takziah kepada keluarga mangsa.

“Nasihat saya kepada orang awam yang menghadapi banjir, kita ada luruan hujan lebat kerana MTL. Pertama sekali kena faham sifat air sebagai konduktor pada arus elektrik.

“Jika berhadapan situasi ini, kita boleh lihat lampu berkelip (waktu malam), kenal pasti perubahan persekitaran sekiranya ada litar pintas atau ‘spark’ selain memastikan anggota badan kering sebelum menyentuh peralatan atau sumber elektrik,” katanya dalam satu temu bual.

Menurut beliau, banjir yang berlaku pada tahun ini dijangka lebih buruk berbanding 10 tahun lalu.

Katanya, sebanyak 4,619 kawasan hotspot banjir telah dikenal pasti.

“Kawasan ini kita telah uar-uarkan mengikut negeri masing-masing dan apabila kita ketahui kawasan itu jadi kena elakkan. Rancanglah aktiviti dengan tepat supaya tiada aktiviti di kawasan terlibat.

“Dalam kejadian banjir ini, jangan sesekali kita mencuba menduga keadaan air tersebut kerana kita tidak tahu kederasan arus . Atas permukaan nampak tenang, namun arus di bawahnya mungkin kuat.

“Apabila berlaku banjir, kita biasanya akan mendapat amaran lebih awal. Jadi kita perlu simpan segala dokumen penting, biar ia berada dengan kita pada setiap masa sekiranya perlu dievakuasi,” pesannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN