fbpx
TRUMP kembali ke White House selepas menang Pilihan Raya Presiden AS baru-baru ini.

Malaysia ketika di era Donald Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Malaysia akan berdepan dengan dasar-dasar baharu Amerika Syarikat (AS) yang dipimpin Presiden parti Republikan, Donald Trump pada 20 Januari depan.

Peralihan pentadbiran daripada Presiden AS ketika ini, Joe Biden, 81, yang juga mewakili parti Demokrat dijangka memberi kesan kepada Malaysia tentang isu Palestin dan dasar Amerika terhadap barangan China yang merupakan rakan dagangan terbesar Putrajaya.

Sejak merdeka, Malaysia dikenali di peringkat dunia kerana memperjuangkan isu Palestin dan menentang keras serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang bermula pada 7 Oktober 2023 .

Serangan itu dilakukan dengan matlamat untuk menghapuskan pergerakan Hamas sehingga mengakibatkan lebih 43,000 penduduk terbunuh manakala lebih 103,000 lagi cedera.

Pakar Geostrategi, Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, Malaysia dianggap terlalu rapat dengan Hamas manakala Trump ketika memerintah AS dari 2017 hingga Januari 2021 lebih cenderung kepada Israel berbanding Palestin.

Katanya, Trump pernah menyatakan akan menamatkan perang Gaza secepat mungkin dan ia merupakan janjinya kepada pemimpin-pemimpin Islam di Amerika bagi meraih sokongan daripada mereka sebelum pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, adakah janji itu dikota? Itu kita tidak tahu, tetapi bagi saya, gencatan senjata atau perang di Gaza adalah mengikut acuan dan kehendak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam hal ini, Malaysia perlu melakukan sesuatu kerana Malaysia adalah antara negara pelopor untuk mendraf resolusi atau mengheret atau menyingkirkan Israel dari PBB,” katanya.

Azmi berkata, Putrajaya perlu melakukan sesuatu berhubung isu Palestin kerana Malaysia adalah antara negara pelopor yang mahu menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sukar bagi Malaysia untuk mempengaruhi dasar (luar) AS kerana Trump mempamerkan kecondongan untuk menyokong Israel secara terang-terangan,” ujarnya.

Berhubung dengan hubungan ekonomi katanya, AS dianggap sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia tetapi menurut Trump, beliau akan mengenakan tarif import 10 hingga 20 peratus ke atas semua negara.

“Adakah ini akan termasuk Malaysia. Ini kita belum tahu lagi,” tambahnya.

Azmi berkata, ketika Biden memerintah AS, perang dagang antara Washington dengan Beijing telah menyebabkan syarikat-syarikat Amerika yang beroperasi di China keluar dari negara komunis itu dan melabur ke Vietnam atau Malaysia.

“Tetapi, Trump mahukan semua syarikat Amerika beroperasi di AS,” ujarnya.

“Jika Trump memperkenalkan 60 peratus tarif import terhadap barangan China yang masuk ke AS, Beijing juga mungkin memperkenalkan tarif terhadap produk Amerika.

“Apabila ini berlaku, ia akan mengekang pertumbuhan ekonomi dunia dan China. Apabila ekonomi China terkekang, kita juga akan terpalit kerana permintaan dari China untuk produk kita akan berkurangan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN