fbpx

Hanya 15 PPS masih dibuka di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Pak Hitam, Bakong Pasir Mas hari ini. FOTO : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seramai 1,504 penduduk terjejas dengan banjir masih lagi ditempatkan di 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri.

Dua daerah yang masih terjejas dengan banjir ialah Pasir Mas dan Kuala Krai.

Daerah Pasir Mas menempatkan mangsa tertinggi iaitu seramai 1,199 mangsa banjir sementara Kuala Krai hanya 305 orang sahaja.

Menurut laman web infobanjir.water.gov.my setakat pukul 10 pagi tadi menunjukkan hanya Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepas paras bahaya iaitu 9.59 meter dan Kuala Jambu (2.71 meter).

Sementara it, tiga batang sungai masih berada di paras waspada iaitu Lebir di Tualang dengan bacaan 27.57 meter, Kuala Krai (20.23 meter) dan Kusial (12.40 meter) meskipun air sudah mulai surut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI