KUALA LUMPUR – Pakar senjata JI, Abu, 58, (bukan nama sebenar) mengakui pernah menjalani latihan taktikal peperangan selama empat tahun di sebuah akademi ketenteraan bersempadan Afghanistan sehingga ditauliahkan dengan pangkat leftenan.
Menurut Abu, dia bukan individu pertama, sebaliknya terdapat beberapa lagi rakyat Malaysia yang sudah berada di negara bergolak tersebut.
Antara ilmu yang ditimba adalah taktikal peperangan, pengendalian senjata api seperti raifal, ‘anti aircraft’, mesingan sehingga dilantik sebagai leftenan.
“Saya mempunyai kepakaran dalam mengendalikan raifal peluru anti pesawat dan kereta kebal (RPG). Paling tidak dapat dilupakan saya berjaya menembak helikopter musuh.
“Pesawat itu terhempas selepas terkena tembakan peluru anti pesawat,” jelasnya.














