fbpx
Toyota Alphard antara kenderaan sewa yang ditawarkan beberapa rakyat Singapura kepada pelancong asing. - GAMBAR HIASAN

Teksi mewah Singapura ‘kebal’ di JB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Terdapat rakyat Singapura dikesan mencari rezeki secara haram di bandar raya ini dengan menawarkan perkhidmatan kenderaan sewa kepada pelancong asing termasuk penduduk di seberang tambak.

Mereka yang terdiri daripada sindiket dan orang perseora­ngan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Hyundai Staria dan Hyundai Grand Starex.

Caj yang ditawarkan pula adalah 30 peratus lebih murah berbanding pengusaha berlesen dengan penjimatan RM50 sehingga RM200 bagi perjalanan sehala.

Kegiatan prebet sapu haram tersebut dilihat semakin berleluasa selepas pandemik Covid-19.

Menurut sumber, pengusaha kenderaan haram dari Singapura itu mencari pelanggan mereka menerusi media sosial seperti Facebook selain aplikasi WhatsApps, Telegram, WeChat dan lain-lain lagi.

“Mereka menyediakan per­khidmatan pengangkutan kepada pelancong asing yang transit di Singapura dan Johor Bahru. Pelanggan mereka pula terdiri daripada pelbagai kumpulan.

“Selain pelancong antarabangsa, ada juga rakyat Singapura yang menggunakan khidmat pengangkutan mereka untuk melancong ke Johor, Melaka atau negeri-negeri lain di Semenanjung,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sumber itu memberitahu, prebet sapu yang menggunakan kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran Singapura tersebut beroperasi tanpa permit sah sama ada di Malaysia mahupun di Singapura.

Jelasnya, selepas tempahan dibuat, prebet sapu Singapura itu akan mengambil pelanggan mereka di tempat penginapan sebelum dibawa ke destinasi-destinasi pelancongan terkenal di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, tinjauan Kos­mo! di media sosial mendapati sindiket atau orang perseorangan yang menawarkan perkhidmatan kenderaan sewa tersebut menetapkan harga mengikut jarak destinasi.

Destinasi bermula sama ada dari Si­ngapura ke Johor Bahru dengan tambang yang dikenakan adalah SG$200 (RM651) sehala.

Bagi jarak dari Si­ngapura ke Desaru, Kota Tinggi, Melaka dan Genting Highlands, Pahang, caj yang ditawarkan adalah SG$300 hingga SG$600 (RM976.56 hingga RM1,953.17).

Untuk perjalanan dari Johor Bahru ke lokasi-lokasi sama pula adalah bermula dari SG$200 hingga ke SG$500 (RM651 hingga RM1,627.64) untuk sehala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN