NORAMIRAH tidak mengambil mudah untuk merebut tempat dalam skuad utama KL pada edisi sulung NSL 2021 yang akan bermula hujung bulan ini.

Status pemain negara bukan satu jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN bola jaring kebangsaan, Noramirah Dayana Noor Azhar bertekad untuk memastikan pasukannya, Kuala Lumpur (KL) muncul juara pada edisi sulung Liga Super Bola Jaring Malaysia (NSL) 2021 yang akan bermula hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Noramirah yang bermain di posisi penjaga gol, enggan menjadikan status sebagai antara tonggak berpeĀ­ngalaman pasukan kebangsaan sebagai jaminan namanya akan tersenarai dalam skuad utama KL.

Sebaliknya, pemain berusia 26 tahun itu menegaskan, dia tetap perlu membuktikan kemampuan dirinya untuk tersenarai dalam sesi pemilihan pasukan KL selepas ini.

ā€œSebenarnya KL sedang membangunkan pemain-pemain muĀ­da meningkat naik. Mungkin KL akan guna kelebihan pemain remaja dan pengalaman senior untuk membentuk gandingan terbaik pada NSL nanti.

ā€œWalaupun berstatus pemain kebangsaan tetapi ia bukan jaminan atau laluan mudah keĀ­rana saya masih perlu bersaing meĀ­rebut tempat dalam skuad utama.

Semua pemain mempuĀ­nyai peluang sama termasuk saya sendiri,ā€ katanya ketika dihuĀ­bungi Kosmo! semalam.

Pemain dari Negeri Sembilan itu juga mengakui, walaupun menjuarai Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan pada tahun lalu tetapi ia tidak bermakna KL bakal mendapat laluan mudah daripada pencabar-pencabar utaĀ­ma seperti Selangor, Johor, Pahang dan Kedah.

ā€œSasaran sudah tentu mahu muncul juara tetapi KL selalunya berdepan saingan-saingan hebat dari Selangor, Johor, Pahang atau Kedah. Cumanya sekarang tidak tahu bagaimana persiapan dan perkembangan mereka,ā€ jelasnya.

Sebagai rekod, Noramirah adalah sebahagian daripada skuad kebangsaan yang meraih dua pingat emas Sukan SEA sewaktu edisi Kuala Lumpur 2017 dan Manila 2019 selain pernah merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Jaring Asia di Bangkok, Thailand pada 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN