fbpx
ABIDIN (dua dari kanan) hadir pada bantahan aman penduduk Mukim 5, Sungai Bakap, semalam. SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Ponteng sekolah sebab masalah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Masalah gangguan bekalan air yang berlarutan di Taman Widuri di Mukim 5, Sungai Bakap di sini sejak dua minggu lalu menyebabkan ada anak-anak yang terpaksa ponteng sekolah.

Rata-rata penduduk mendakwa rutin mengangkut air dari tangki ke rumah masing-masing setiap hari menyebabkan ada antara mereka yang terpaksa mengambil cuti bagi memastikan bekalan air di kediaman mereka tidak terputus.

Seorang penduduk, Umaira Sahar, 34, berkata, tiga anaknya sudah beberapa hari tidak ke sekolah disebabkan masalah gangguan bekalan air tersebut.

“Di sekolah pun sama, tiada bekalan air, malah guru-guru turut berpesan kepada anak-anak supaya membawa air dari rumah masing-masing bagi kegunaan di tandas sekolah.

“Kadang-kadang, kami menggunakan air tadahan hujan untuk mandi, manakala pakaian pula dihantar ke dobi layan diri, namun ini semua memerlukan kos,” katanya ketika ditemui pemberi­ta semalam.

Terdahulu, lebih 50 penduduk mengadakan bantahan aman bagi menuntut jalan penyelesai­an segera.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Masalah Air Mukim 5, Khairul Ahmad Fitri Suhaimi berkata, masalah itu bukan sahaja memberi kesan terhadap pembelajaran anak-anak, malah penduduk secara keseluruhannya.

Katanya, penduduk berharap Ahli Parlimen Nibong Tebal yang juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek agar dapat mengambil perhatian dan membantu memastikan masalah tersebut dapat ditangani segera.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Abidin Ismail berkata, beliau memahami situasi kebocoran paip sehingga memaksa penduduk di Mukim 5 berdepan gangguan bekalan air berjadual (SWSI).

“Walau bagaimanapun, apa yang boleh dilakukan Perbada­nan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) ketika ini adalah me­lakukan pelan kontingensi de­ngan kerjasama SADA (Syarikat Air Darul Aman) dan LAP (Lembaga Air Perak).

“Caranya adalah dengan meminta bantuan lori tangki air untuk diisi ke dalam tangki statik yang ada bagi memastikan bekalan tidak putus hingga masalah SWSI dapat diatasi terutamanya pada waktu puncak,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN