fbpx
Pemandu e-hailing kini terpaksa bekerja lebih lama untuk meraih pendapatan ratusan ringgit. – GAMBAR HIASAN

176,000 pemandu e-hailing, rider kurang tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kira-kira 176,000 pemandu e-hailing dan p-hailing terpaksa bekerja dalam tempoh yang panjang sehingga menyebabkan mereka sering keletihan, tidak cukup rehat dan kurang tidur, malah ada yang mengalami tekanan mental.

Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, mereka bekerja di antara 10 hingga 14 jam sehari bagi memperoleh pendapatan sekitar RM150.

“Kalau dua tahun dahulu boleh dapat RM150 dalam tempoh kerja lapan jam, sekarang kena kerja sampai 14 jam.

“Kalau bagi mereka yang buat perkhidmatan di luar kawasan Lembah Klang, 14 jam kerja pun tak cecah RM100 sehari,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Beliau berkata, pihaknya bimbangkan keselamatan dan kesihatan pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing terbabit.

“Apabila sudah terlalu penat, jadi bahaya kepada penunggang motosikal, yang bawa kereta pun mungkin alami ‘microsleep’ yang boleh jadi punca kemalangan,” ujarnya.

Menurutnya, kebanyakan pemandu e-hailing dan p-hailing yang bekerja secara sepenuh masa tidak mempunyai masa kualiti bersama keluarga.

Sehubungan itu, pihaknya memohon kerajaan melaksanakan penyelesaian jangka panjang dalam usaha memastikan isu kebajikan, tugasan dan kesihatan mental pemandu e-hailing serta p-hailing diatasi segera.

Jelasnya, perubahan syarat pembayaran serta kadar komisien secara mengejut turut menjejaskan pendapatan golongan itu sehingga mereka terpaksa bekerja berjam-jam lamanya.

“Kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan dan insurans juga menambah beban kewangan yang perlu ditanggung.

“Perlindungan sosial lebih progresif, pengiktirafan dalam penarafan kerajaan terhadap pemandu dan skim faedah pekerjaan yang lebih fleksibel serta progresif antara langkah yang dapat membantu komuniti ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN