Adyana buktikan wanita mampu pecahkan dominasi kaum lelaki
PEMBABITAN wanita dalam e-Sukan terutama dalam permaiĀnan video FIFA dianggap janggal dan sering dipandang serong oleh masyarakat kerana ia diĀdominasi oleh lelaki.
Namun, bagi Azroy Adyana Tajuddin, dia tanpa segan bersaing dalam sukan maya meskipun terpaksa berdepan pelbagai tohmahan dan ejekan sehingga menempa nama sebagai ratu FIFA negara hingga ke hari ini.
Gadis berusia 27 tahun itu tidak gentar berdepan persepsi kaum lelaki yang sebelum ini memandang rendah keupayaannya hanya kerana dia satu-satunya wakil tunggal wanita dalam mana-mana kejohanan disertai.
āEjekan dan kritikan sudah menjadi perkara biasa, malah saya sendiri pernah kena pulau sebelum ini apatah lagi diskriminasi lelaki dengan wanita.
āSetiap kali saya bermain, suasana sudah ibarat aksi final keĀrana semua orang memberi tumpuan kepada saya dengan ada antaranya tergelak dan memperlekehkan saya.
āJangan pandang rendah kemampuan wanita. Ini kerana, selepas setahun menceburi permainan video ini, saya berjaya membuktikan diri mampu berdiri sebaris dengan kaum lelaki dan ia membanggakan,ā katanya kepada Kosmo! semalam.

Kini, Adyana mempunyai misi besar iaitu mempopularkan permainan video FIFA dalam kalaĀngan wanita agar mereka berani mencabar diri berentap satu geĀlanggang dengan golongan lelaki.
Adyana juga berharap lebih banyak pertandingan khas dianjurkan buat wanita supaya mereka dapat peluang mencuba dan membuang perasaan malu apabila bersaing dengan lelaki.
āSaya pernah menyuarakan perkara ini tetapi suara saya secara individu tidak sekuat platform media yang besar untuk memberi kesedaran tentang e-Sukan, FIFA dan wanita.
āSekarang saya kerap memberi motivasi dan pendedahan mengenai e-Sukan kepada pelajar-pelajar. Kadang-kadang saya turut diundang berucap dalam program-program e-Sukan,ā jelasnya.
Adyana mula menyertai pertandingan FIFA secara solo pada penghujung 2016 dan berjaya muncul pada Kejohanan ITCD Studio 2017 sebelum namanya perlahan-lahan menjadi bualan komuniti gamer di Malaysia.
Beliau kemudiannya muncul pemain wanita pertama dari Malaysia menyertai pasukan Premier Asia, Orders of Elite Asia atas kejayaannya mara ke kelompok 16 terbaik daripada 256 peserta pada Kejohanan FIFA Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara 2018.
Kejayaan itu menyaksikan wakil Singapura, Orders of Elite Asia yang dianggap antara pasukan FIFA digeruni di Asia Tenggara, mendapatkan khidmatnya secara pinjaman.
Ia membolehkan Adyana muncul sebagai pemain wanita Malaysia pertama diimport paĀsukan luar negara sebelum dia secara rasmi menyertai satu lagi wakil Singapura, Impunity deĀngan kontrak setahun pada 2018.
Selain FIFA, Adyana juga aktif bermain dua permainan popular online seperti Mobile Legends dan Playerunknownās Battlegrounds (PUBG). – K! ONLINE
















