fbpx
CALVERT-LEWIN akan diturunkan pada aksi menentang West Ham United awal pagi esok selepas kembali cergas selepas mendapat rehat yang cukup. – AFP

Ancelotti sedia turunkan Calvert-Lewin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Carlo Ancelotti percaya penyerangnya, Dominic Calvert-Lewin akan kembali menemui sentuhan gol.

Pengurus dari Itali itu percaya, penangguhan aksi menentang Manchester City ekoran penula­ran wabak Covid-19 menyebabkan beliau menukar fikiran dengan menyenaraikan semula pemain itu menentang West Ham United awal pagi esok.

Pada awal bulan lalu, Ancelotti mendedahkan rancangannya untuk memberikan rehat untuk Calvert-Lewin ketika jadual pada musim perayaan.

Penyerang itu hanya beraksi pada separuh masa pertama ketika menentang Fleetwood Town pada saingan Piala Liga Inggeris kira-kira tiga bulan lalu dan kemudian dia hampir diturunkan dalam kesebelasan utama setiap perlawanan selepas itu.

Bagaimanapun, Ancelotti menjangkakan pemain tonggak­nya itu akan direhatkan selepas kejayaan menewaskan Sheffield United sebelum ini tetapi pe­nangguhan aksi menentang City menyebabkan beliau percaya Calvert-Lewin sudah mendapat rehat yang cukup.

“Ya, ia sudah berubah. Memang benar sebelum ini dia tidak mempunyai peluang untuk berehat tetapi saya fikir dia sudah
kembali cergas.

“Pada aksi terakhir, kami tidak mendapat peluang yang banyak dari segi penguasaan bola dan kurang me­lakukan hantaran lintang kerana ramai pemain pertahanan kami mengalami kecederaan menyebabkan kami terpaksa menukar cara permainan.

“Perubahan tersebut menyebabkan penyerang seperti Calvert-Lewin sukar untuk mendapatkan peluang terbaik me­lakukan jaringan. Dia mendapat beberapa peluang dan terlibat dalam beberapa situasi penting seperti penalti ketika bertemu Chelsea dan gol pertama menentang Arsenal.

“Saya yakin dia akan kembali menemui sentuhan terbaiknya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN