fbpx
Antara pengikut Millah Abraham yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat pada 6 Ogos lalu.

Millah Abraham bercita-cita tinggi, mahu tubuh kerajaan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Ajaran sesat Millah Abraham sangat berbahaya kerana ia berisiko mengancam keselamatan dan keharmonian negara selain bercita-cita mahu menubuhkan kerajaan sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, risikan pihaknya dan polis mendapati kumpulan ajaran sesat itu mempunyai struktur tersendiri.

Katanya, percambahan mereka perlu dihalang dan dikekang kerana ia boleh mencetuskan perpecahan dan keharmonian negara.

“Kita bimbang ia akan me­nimbulkan kekecohan kerana mereka bercita-cita untuk me­nubuhkan sebuah negara.

“Kepimpinan mereka wujud di seluruh negara dan diburu pihak berkuasa,” katanya.

Menurut Mohd. Fared, orang ramai diminta untuk tidak me­nyimpan apa-apa bahan terma­suk buku berkaitan Millah Abraham kerana ia menjadi ke­salahan.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak me­nerima atau melaporkan kepada pihak berkuasa agama atau polis jika diberi bahan cetakan atau buku yang mengandungi ajaran tersebut.

Semalam Kosmo! melaporkan pengikut ajaran sesat Millah Abraham mendedahkan mereka dihasut agar tidak bersembah­yang selain mendakwa dunia ketika ini sangat ‘kotor’ dengan pelbagai isu seperti peperangan dan pembunuhan.

Millah Abraham juga tidak memerlukan hadis kerana mendakwa segalanya sudah cukup di dalam al-Quran. Mereka juga mengatakan zakat, derma dan sedekah tidak perlu dilakukan kerana orang miskin perlu diberi joran dan bukannya ikan sepanjang masa.

Baru-baru ini, seorang pengikut Millah Abraham bertaraf menteri ditahan di Batu Pahat. Pada 6 Ogos pula, seorang imam dan guru penolong kanan antara 14 pengikut yang didakwa ke Mahkamah Rendah Syariah

Batu Pahat atas pertuduhan mengingkari pihak berkuasa agama serta memiliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak.

Ajaran ini telah difatwakan haram di negeri Johor.

Antara fahaman salah ajaran sesat itu ialah sembelihan dibuat bukan ahli adalah tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan mempunyai syahadah berbeza.

Mereka juga cuba menggabungkan tiga agama membabitkan Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman sendiri tanpa berdasarkan kitab tafsir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN