BRUSSELS, Belgium – Pengundi Belanda memulakan pilihan raya maraton selama empat hari melibatkan 27 negara anggota Kesatuan Eropah(EU) pada hari ini.
Seramai 370 juta pengundi EU layak mengundi ketika blok berkenaan berdepan ketidaktentuan geopolitik akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang berlanjutan lebih dua setengah tahun.
Sebahagian besar negara anggota EU termasuk Perancis dan Jerman akan mengundi pada Ahad ini tetapi pertandingan pembukaan di Belanda menawarkan petunjuk tentang kekuatan parti-parti politik berhaluan kanan.
Parti Kebebasan(PVV) pimpinan Geert Wilders dijangka menang dalam pilihan raya EU kali ini. Parti berkenaan mencatat kemenangan dalam pilihan raya umum Belanda pada November tahun lalu.
Belanda adalah antara banyak negara Eropah di mana parti-parti politik berhaluan kanan dan nasionalis dijangka mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini. – AFP














