Para peserta bergambar kenangan pada program yang diadakan di Taman Tugu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

K2

Terap falsafah ‘Kyosei’ dalam menghargai alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKSANAAN aktiviti-aktiviti yang menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar harus terus dipergiat oleh pelbagai pihak.

Ia memberi peringatan kepada kita tentang pergantungan terhadap alam sekitar, selain bertujuan menyeru orang ramai untuk terus melindungi bumi yang dikongsi bersama ini.

Sebagai usaha berterusan ke arah matlamat tersebut, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) menganjurkan program kesedaran alam sekitar di Taman Tugu, Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Bumi Sedunia baru-baru ini.

Hari Bumi Sedunia disambut pada 22 April setiap tahun.

Dalam program itu, pelbagai aktiviti bersesuaian dilaksanakan meliputi pelbagai usia termasuk bengkel eko interaktif untuk kanak-kanak dan aktiviti menelusuri denai di Taman Tugu.

Acara itu melibatkan lebih 60 pekerja dan ahli keluarga mereka.

Ini merupakan kerjasama ketiga antara Canon dan Taman Tugu yang dijalankan sempena Hari Bumi Sedunia.

Ketua Pengumpulan Dana, Pengaktifan dan Komunikasi Taman Tugu, Tracey Surin berkata, kerjasama dengan Canon itu adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar.

“Aktiviti-aktiviti ini meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar di samping memupuk penglibatan dan tanggungjawab masyarakat.

Usaha memupuk kesedaran alam sekitar perlu dipupuk sejak usia kanak-kanak.

“Kerjasama antara Taman Tugu dan Canon ini akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perubahan positif dan sejajar dengan nilai kami yang memberi tumpuan kepada kemampanan, pendidikan dan pembangunan komuniti,” ujarnya.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Masato Yoshiie pula berkata, kerjasama itu menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi syarikat terhadap kemampanan dan pembangunan komuniti.

“Kemampanan dan pembangunan komuniti yang ditunjukkan Canon adalah dipandu oleh falsafah korporat kami iaitu ‘Kyosei’ yang membawa maksud hidup dan bekerjasama demi kebaikan sejagat.

“Kakitangan kami menyambut baik dan mengamalkan nilai teras Kyosei ini dan diharapkan supaya inisiatif ini dapat menyumbang ke arah masyarakat yang lebih hijau dan inklusif,” katanya.

Canon terkenal dengan pelbagai inisiatif kemampanan dan syarikat itu juga merupakan pemenang Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia sebanyak enam kali.

Syarikat itu telah terlibat secara aktif dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, menjadikan pokok di Taman Tugu sebagai ‘pokok angkat’ dan memulakan program jelajah penanaman pokok di seluruh negara sejak tahun lalu.

Bahkan, inisiatif komprehensif mereka juga merangkumi program pendidikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak, bengkel kerja kayu dan program pendidikan alam semula jadi untuk komuniti B40.

“Inisiatif ini selaras dengan prinsip ‘Imaging for Good’ syarikat, yang bermatlamat untuk meninggalkan warisan mampan serta memberi manfaat kepada manusia dan alam sekitar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN