SUDAH setengah abad usia, malah terlalu senior untuk dibandingkan dengan aktor generasi kini, Datuk Rosyam Nor masih hero di mata khalayak. Auranya tetap ditagih untuk menjayakan watak utama bahkan beroleh momen yang tak diraih selama ini.

Saya guru dalam kehidupan sendiri – Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANAK seni datang dan pergi. Ibarat kata pepatah, tiada yang baharu jika tiada yang lama, sehebat manapun orang baharu, orang lama tetap unggul.

Aura tersebut ternyata dimiliki lelaki bernama Datuk Rosyam Nor. Pada usia sudah memasuki separuh abad, Rosyam masih ditawarkan watak utama. Lebih mengujakan, karakter yang digalas kali ini agak berlainan, iaitu pertama kali memikul tanggungjawab sebagai cikgu dalam filem Memoir Seorang Guru.

“Saya bersyukur pada usia 57 tahun masih ada produksi bagi saya peranan utama. Bebanan besar sebenarnya memegang watak cikgu kerana dialah karakter utama naskhah berkenaan,” kata nya.

Tidak terlalu selektif dalam soal, watak lakonan, Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Noor Shamsuddin bagaimanapun akan menolak karakter-karakter yang disifatkan tidak mampu dijayakan.

“Saya sebenarnya terima apa sahaja watak kecuali peranan perenang ataupun penari kerana saya tidak mampu berbuat demikian.

PERNAH melekat dengan karakter agresif dan gengster bernama Tailong, kini Rosyam mahu menghapus gelaran tersebut dengan panggilan Cikgu Sunan, satu nama yang bakal disaksikan penonton pawagam bermula 30 Mei nanti.

“Saya pernah dapat tawaran yang perlu menari daripada Les Copaque iaitu menjadi M. Daud Kilau dalam sebuah karya,” katanya kepada HibGlam.

Berkongsi lanjut, Rosyam mendedahkan dia sudah menerima tawaran tersebut tetapi terpaksa menolak selepas memikirkan kesan sekiranya meneruskan komitmen berkenaan.

“Sepatutnya kalau saya tidak tolak, akan menjalani penggambaran pada bila-bila masa sahaja sebelum beliau (M. Daud Kilau) meninggal dunia,” ujarnya.

Mengenali, pelakon, penerbit juga usahawan berjaya itu, Rosyam pernah melekat dengan gelaran Tailong dek impak dalam KL Gangster.

Watak tersebut bukan sahaja menjenamakan semula Rosyam ketika itu, malah meletakkan dirinya di kerusi ‘penjenayah otai’ dalam naskhah layar perak.

Namun, disebabkan rasa cinta terhadap watak dalam filem arahan Kyoll Hamzah, Rosyam kini mahu dikenali sebagai Cikgu Sunan.

“Guru satu watak besar yang boleh dikategorikan sebagai hero tetapi bukan seperti hero filem aksi.

“Namun, guru adalah hero kepada seluruh manusia. Ini watak yang tidak boleh dilepaskan.

“Kalau boleh apabila filem ini keluar, saya nak orang panggil saya cikgu. Saya juga mahu pikat hati orang.

“Dahulu orang panggil saya Tailong, kali ini saya mahu orang panggil saya Cikgu Sunan,” ujarnya.

Menjadi bapa kepada lima cahaya mata dan majikan kepada pekerja-pekerja, Rosyam mengalihkan jiwa ‘pendidik’ dalam kehidupannya itu sebagai asas melakonkan watak seorang guru yang menjadi hero kepada murid-muridnya dalam filem Memoir Seorang Guru.

Inspirasi diri sendiri

Karakter guru yang pertama kali dijayakan itu juga mempunyai satu aura baharu yang dapat menonjolkan sisi lainnya sebagai seorang pelakon.

“Saya tidak pernah pegang watak guru, ini pertama kali dan saya rasa ini juga filem pertama yang tonjolkan watak guru sebagai karakter penting.

“Apa yang berlaku dalam filem ini ada kaitan dengan kehidupan.

“Saya memegang watak Sunan yang berkhidmat di Kuala Lumpur seterusnya dipindahkan ke pedalaman.

“Saya belajar erti kehidupan sebenar sebagai guru di sana. Saya seorang yang tegas tetapi rasa diri masih gagal menjadi pendidik,” tutur bintang filem Castello itu.

Ditanya mengenai rujukan, bapa kepada lima cahaya mata itu hanya merujuk kepada diri sendiri yang juga seorang pendidik kepada cahaya mata dan pekerjanya selain memandang tinggi kepada guru-gurunya, pendidiknya selama ini.

“Saya tiada inspirasi kerana saya sendiri pun sudah ada banyak cikgu.

“Kehidupan saya pula biasa hidup bersama guru sejak kecil.

“Selain itu, saya juga seorang guru dalam kehidupan sendiri kepada anak-anak dan pekerja-pekerja,” tambahnya.

Selain itu, Rosyam juga tiada masalah bergandingan dengan pelakon kanak-kanak dalam filem ini kerana mengambil jalan tidak berkomunikasi dalam set supaya mudah membina karakter.

“Mereka ini semua tiada cabaran kerana berkebolehan dalam lakonan. Cuma saya tidak rapat dengan mereka kerana ambil jalan mudah.

“Cara ini dapat membantu lakonan mereka. Sampai ke hari ini pun, saya buat tidak tahu dengan mereka dan takut tengok saya,” katanya.

ROSYAM menyifatkan bintang cilik (dari kiri) Syed Muhammad Baqir, Hafiy Altamis, Kiky Hannah, Danish Zamri yang berlakon bersamanya dalam Memoir Seorang Guru sebagai kanak-kanak pintar berbakat besar. – FARIZ RUSADIO
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN