fbpx
Berbanding Mazda 6 varian sedan, varian wagon mempunyai bahagian belakang yang lebih ‘gempal’ biarpun sedikit pendek daripada sedan.

‘Survival’ wagon segmen D

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MAZDA 6 wagon telah diperkenalkan pada tahun 2002 bersama varian lainnya seperti sedan dan hatchback sebagai pilihan kenderaan segmen D di peringkat global.

Model dengan tanda nama Atenza itu telah dilancarkan pada Mei 2002 di Jepun.

Wagon mirip kenderaan pelbagai guna (MPV), namun hanya mempunyai lima tempat duduk berbanding MPV yang memiliki tujuh atau lapan tempat duduk. Disebabkan itu, wagon lazimnya miliki ruang penyimpanan lebih luas.

Wagon Mazda bagaimanapun pendek sedikit berbanding jenis sedan.

Penulis difahamkan model ini mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat global.

Jadi, tidak hairanlah apabila Mazda 6 generasi ketiga yang dilancarkan pada tahun 2012 kemudiannya telah menerima beberapa versi facelift yang membuatkan rekaannya sentiasa diterima zaman sehingga hari ini.

Di Malaysia, Mazda 6 ini bersaing dengan model-model lain seperti Honda Accord, Toyota Camry dan Volkswagen Arteon. Namun, antara jenama itu hanya Mazda yang menawarkan varian wagon di Malaysia.

Pada ketika ini, para pesaing untuk kelas segmen D ini tidak banyak kerana kebanyakan pemain industri automotif fokus kepada kenderaan utiliti sukan (SUV).

REKAAN hadapannya masih mengekalkan gaya Kodo yang merupakan gaya signatur model-model Mazda.

Pada Oktober tahun lalu, pengedar jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Motor telah memperkenalkan versi Mazda 6 dipertingkat yang hadir dalam tiga varian iaitu sedan 2.0, sedan 2.5 dan wagon (Touring) 2.5.

Dari segi ukuran, wagon ini lebih pendek 65 milimeter (mm) daripada sedan. Panjang keseluruhannya 4,800mm, lebar (1,840mm) dan tinggi (1,480mm).

Walaupun model generasi ketiga ini sudah 12 tahun berada di pasaran, namun rekaan luarannya masih nampak segar dengan menukarkan kemasan aksesori mengikut zaman ini.

Lampu hadapan jenis LED dengan lampu siang dan lampu belakang juga jenis kombinasi LED memberikan imej premium serta sporty pada model ini.

Pada bahagian sisi model ini menggunakan rim bersaiz 19 inci berwarna hitam dengan tayar 225/45.

Kapasiti ruangan simpanannya 522 liter berbanding sedan 438 liter.

Bahagian pemanduannya tampak selesa seiras model-model Mazda yang lain.

Sesuai untuk mereka yang gemarkan penjelajahan, Mazda 6 Touring ini juga hadir dengan roof rail yang memudahkan untuk memasang roof box atau untuk membawa barangan tambahan di atas bumbung.

Model ini menggunakan enjin Skyactiv-G 2.5L dan transmisi Skyactiv Drive enam kelajuan automatik dengan mod manual. Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 192hp pada 6,000rpm dan tork tertinggi 258Nm pada 4,000rpm.

Penulis dimaklumkan, atas kertas kelajuan maksimum model ini mencecah 205 kilometer sejam (km/j). Tangki petrolnya pula bersaiz 62 liter.

Masuk ke ruang kabin, rekaan papan pemukanya mirip model-model Mazda lain. Skrin infotainment bersaiz 8 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar hadir bersama ciri-ciri kamera 360 darjah.

Model ini juga dilengkapi 11 speaker Bose. Selain itu, ia juga hadir dengan pengecas telefon pintar tanpa wayar.

Melihat kepada pengeluaran wagon yang semakin berkurangan, bagi penulis model seperti Mazda 6 Touring ini akan dirindui suatu hari nanti dan tidak mustahil juga harga kenderaan terpakainya juga akan lebih baik berbanding varian lain yang ditawarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN