fbpx
Sebahagian warga asing mengambil peluang bercuti dan bergambar di KLCC sempena cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.

Luahan Pembaca: Warga asing beraya sakan depan KLCC, Masjid Jamek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa apabila dihuni lapisan masyarakat daripada pelbagai suku bangsa dan agama.

Keharmonian itu dapat dilihat setiap kali adanya sambutan perayaan utama melibatkan kaum Melayu, Cina mahupun India. Masyarakat Malaysia akan meraikan perayaan berkenaan bersama-sama.

Namun, sesuatu yang unik lagi, negara kita juga turut didiami oleh masyarakat antarabangsa daripada pelbagai negara. Mereka ini kebanyakannya merupakan tenaga kerja asing yang mencari rezeki di pelbagai sektor.

Kebiasaannya, kumpulan warga asing ini akan berkumpul di ibu negara untuk mengambil kesempatan meraikan perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri.

Mereka akan bersantai dan mengadakan pertemuan bersama rakan-rakan di beberapa destinasi pelancongan utama ibu negara.

Menariknya, mereka akan berkumpul di taman dan pekarangan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Puduraya, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

Suasana sebegini seperti sudah menjadi tradisi dan pemandangan di ibu negara Kuala Lumpur ketika warga Malaysia ramai yang pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya.

Apa yang mustahak adalah kerjasama daripada semua pihak terutamanya warga asing dan pihak penguat kuasa untuk memastikan keharmonian dan keamanan ibu negara terus dipelihara.

BUDAK KL
Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN