SETELAH empat tahun mengacarakan rancangan hiburan, I Live Alone, pengacara Lee Si-eon mengumumkan bakal meninggalkan segmen popular tersebut dalam masa terdekat.
Menerusi sebuah entri yang dimuat naik menerusi laman sosialnya, Si-eon memberitahu dia bakal meninggalkan rancangan hiburan yang dihoskan sejak 2016 itu menjelang hujung tahun ini.
“Hello ini adalah Lee Si-eon. Cuaca semakin sejuk kini. Semua orang jaga kesihatan dan sentiasa ingat untuk pakai pelitup muka.
“Tujuan saya menulis pada hari ini kerana mahu menyampaikan berita bahawa saya bakal meninggalkan rancangan ini pada penghujung tahun nanti.
“Selepas berbincang dengan pihak produksi, saya mahu memberi fokus terhadap lakonan sebaik meninggalkan program ini,” tulisnya.
Tambah selebriti berumur 38 itu, menjadi sebahagian daripada keluarga dalam rancangan hiburan kesukaan ramai tersebut merupakan kenangan terindah dan tidak mungkin dapat dilupakannya.