fbpx
Nariyah menunjukkan ketupat palas yang dibuatnya ketika ditemui di Bandar Lama, Gua Musang baru-baru ini.

300 ketupat palas sambut anak, cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang ibu tunggal di Bandar Lama di sini gigih menyiapkan lebih 300 ketupat palas bersendirian sebagai persiapan untuk menyambut empat anak, menantu dan cucunya yang bakal beraya dengan bersama­nya tahun ini.

Bukan itu sahaja, Nariyah Awang, 60, turut membuat biskut, memasang pelita dan lampu raya di rumah sejak seminggu lalu kerana tidak sabar menanti kepulangan mereka.

Katanya, dia melakukannya sendirian kerana suaminya telah meninggal dunia sejak tiga tahun lalu.

“Saya teruja kerana dua tahun lepas Aidilfitri hambar akibat Covid-19. Ketupat palas dibuat secara sejuk beku dan boleh dimakan terus bersama ahli keluarga dan tetamu selepas direbus.

NARIYAH menunjukkan lampu hiasan yang dipasangnya di rumahnya di Bandar Lama, Gua Musang baru-baru ini.

“Saya gembira apabila anak sulung perempuan yang berada di Jitra, Kedah memberitahu akan pulang beraya bersama,” katanya.

Menurut Nariyah, sebelum ini dia menyambut raya secara sederhana bersama empat anak­nya itu.

Tambahnya, kemeriahan bertambah apabila anak-anak turut membuat biskut raya dan tapai pulut.

“Hari raya perlu disambut sebagai tanda syukur selepas sebulan berpuasa walaupun berdepan dengan kenaikan kos untuk membeli barangan keperluan,” katanya.

Ujar Nariyah, dia tidak risau sekiranya berlaku ‘raya terkejut’ kerana dia menyediakan ketupat palas dan biskut lebih awal pada setiap tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN