fbpx
Bukan hanya menyumbangkan produk di 20 buah masjid di sekitar Lembah Klang, Skuad Dettol turut melakukan pembersihan di rumah ibadat itu.

K2

Bantu 20 buah masjid kekal bersih, bebas kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BULAN Ramadan merupakan bulan umat Islam berebut-rebut untuk melakukan pelbagai amalan sunat, demi untuk mendapatkan ganjaran pahala yang telah dijanjikan Allah SWT.

Bulan mulia ini juga cukup istimewa memandangkan Ramadan menjadi satu-satunya bulan yang mana umat Islam boleh menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan melakukan amalan-amalan lain bagi menghidupkannya.

Justeru, apabila banyak masa diluangkan di masjid, maka penjagaan kebersihan di kawasan sekitar masjid seperti ruangan solat dan ruangan mengambil wuduk adalah cukup penting bagi memastikan jemaah yang hadir bebas daripada kuman, sekali gus tidak menjejaskan kesihatan pengunjungnya.

Mengambil kira kepentingan kesihatan para jemaah sepanjang bulan Ramadan, jenama produk kebersihan popular, Dettol mengambil inisiatif dengan melancarkan kempen ‘Selangkah Lebih, Selangkah Kasih’ sempena bulan mulia itu.

Inisiatif penuh bermakna tersebut menjadi bukti kasih sayang dan sokongan berterusannya dalam memastikan setiap individu berasa selamat dan kekal bersih apabila menunaikan ibadah di masjid.

Menerusi kempen tersebut, Dettol menyumbangkan produk bernilai sehingga RM100,000 di 20 buah masjid di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Pemasaran Kesihatan Reckitt, ‘ibu’ syarikat jenama Dettol untuk pasaran Malaysia dan Singapura, Tiffany Tang berkata, dia percaya bahawa kebersihan mampu meningkatkan lagi tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

“Melalui kempen ‘Selangkah Lebih, Selangkah Kasih’ ini, kami komited untuk menyokong masyarakat Islam pada bulan Ramadan ini dengan menyediakan sumber dan pendidikan yang diperlukan untuk kekal sihat.

Pelbagai tempat di kawasan masjid dibersihkan antaranya kawasan mengambil wuduk.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan bersih di kawasan seperti masjid bagi membolehkan jemaah menikmati ibadah Ramadan sepenuhnya,” katanya.

Tambah Tang, pada dasarnya, kempen itu merangkumi semangat menjaga kebersihan di bulan Ramadan.

Dengan menggalakkan amalan kebersihan yang baik, Dettol berusaha membantu umat Islam menyeimbangkan kebersihan fizikal dan juga penyucian rohani pada bulan mulia.

Memandangkan bilangan jemaah di masjid pada bulan Ramadan meningkat bagi ibadah solat tarawih dan sebagainya, maka penjagaan kebersihan di kawasan masjid dilihat sebagai suatu yang amat penting.

Bilangan jemaah yang ramai boleh meningkatkan risiko kuman merebak.

Justeru, selain mencuci tangan secara berkala, jemaah juga digalakkan untuk membersihkan sejadah dan kawasan mengambil wuduk secara kerap bagi membendung penularan jangkitan.

Bukan hanya menyumbangkan produk kebersihan, pasukan pembersih Dettol yang dipanggil Skuad Dettol turut memainkan peranan.

Menyedari risiko penularan jangkitan kuman, Skuad Dettol telah melakukan misi pembersihan dan pembasmian kuman di masjid-masjid tersebut dengan membersihkan ruangan seperti dewan solat dan kawasan wuduk bagi memastikan ia bersih dan selamat untuk digunakan oleh para jemaah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN