fbpx
Ilmu dan kepakaran dalam bidang masakan penting dalam menghasilkan hidangan yang berkualiti. – GAMBAR HIASAN

‘Kalau mahu berniaga, pastikan ada ilmu masakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Tidak salah kalau nak berniaga pada bulan Ramadan sahaja, tetapi pastikan ada ilmu masakan, buat dan rasa terlebih dahulu sebelum jual.”

Itu nasihat seorang pengunjung bazar Ramadan, Anis Rasli, 29, kepada peniaga ‘jadi-jadian’ bagi memastikan juadah berbuka puasa yang dijual berkualiti.

Katanya, setiap kali bulan Ramadan, dia sering mengunjungi bazar, namun hanya membeli daripada peniaga lama atau dikenali sahaja.

“Saya biasa beli daripada peniaga dikenali saja sebab nak elakkan terkena. Sebabnya pernah terjadi, kalau terbeli makanan tidak sedap atau basi, saya sedih,” katanya kepada Kosmo!.

Seorang pelajar, Myra Akmal, 18, berkata, pada hari pertama berbelanja di bazar tahun ini membuatkannya serik untuk kembali ekoran makanan yang dibeli sudah basi menjelang waktu berbuka.

“Bukan semua, tetapi yang selalu buat hal ini peniaga ‘jadi-jadian’. Tahun lepas sudah terkena, nak cuba daripada peniaga yang tak pernah kami nampak, namun kecewa sebab rasa makanan tu sangat pelik, dah la mahal.

“Tahun ini, kami masih pergi bazar Ramadan dan cuba daripada peniaga lain. Malangnya kali ini turut terkena makanan basi. Serik, kalau teringin juga ke bazar kami akan beli daripada peniaga dikenali sahaja,” ujarnya.

Bagi ibu kepada empat orang anak, yang ingin dikenali sebagai Zila, 43, berkata, dia dan keluarga hanya pergi ke bazar di atas permintaan anak-anak.

“Saya dan keluarga jarang pergi bazar sebab pernah beberapa kali terbeli makanan basi sebelum ini. Bab kebersihan pula tak tahu macam mana.

“Peniaga-peniaga ni patutnya belajar sampai mahir dulu lebih-lebih lagi yang jadi-jadian atau bermusim ni tentang jangka ha­yat makanan, kebersihan dan sebagainya untuk elak menganiayai pembeli,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN