fbpx
Mohammad Munzir (kanan) memberi penerangan tentang telekung Siti Khadijah yang dijahit kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (tiga dari kanan) di Putrajaya baru-baru ini.

Jualan produk gaya hidup Siti Khadijah catat peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Siti Khadijah komited untuk terus mempertahankan komitmennya dengan menjadi pengeluar produk rekaan yang berinovatif dan berkualiti tinggi malah dapat memberi manfaat kepada gaya hidup para pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Muhammad Munzir Aminuddin berkata, pihaknya juga mahu menjadi jenama pilihan antarabangsa dan juga jenama yang memperjuangkan gaya hidup ibadah bagi seluruh keluarga.

Sehubungan itu, syarikat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghasilkan rekaan produk yang selesa, praktikal sekali gus memberikan kegembiraan kepada si pemakainya dan juga para pelanggan Siti Khadijah.

“Kami dulu bermula dengan tujuan yang jelas untuk memartabatkan telekung ke peringkat yang lebih tinggi dan usaha itu berjaya melalui inovasi yang dicipta di bahagian muka dan dipadankan dengan fabrik berkualiti tinggi.

“Hasil inovasi ini, sipemakai merasa sangat selesa ketika menunaikan ibadat solat masing-masing,” katanya  ketika berucap pada majlis pelancaran koleksi Raya Siti Khadijah 2024 di sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Muhammad Munzir menerangkan, selain telekung, syarikat juga telah memperkenalkan produk gaya hidup yang lain dalam beberapa kategori seperti sejadah, kain pelikat, tudung, jubah umrah, kopiah dan banyak lagi.

“Jualan daripada segmen tersebut telah menunjukkan peningkatan yang menggalakkan,” jelasnya.

Disokong oleh 500 tenaga kerja, Siti Khadijah kini memiliki lebih daripada 50 butik dan tiga outlet di Indonesia dan sebuah di Singapura.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN