fbpx
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15. - Foto JPM

‘Titah Tuanku tepat pada waktunya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan akan terus menerajui kepimpinan negara kerana Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memberi jaminan bahawa Seri Paduka Baginda tidak akan me­layan pihak yang cuba menggugat kestabilan politik.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr. Jeniri Amir berkata, ketegasan Seri Paduka Ba­ginda itu amat bertepatan dengan keadaan sekarang di mana negara berhadapan dengan pelbagai krisis.
Terutamanya kata beliau, berkaitan ekonomi, pelaburan, ketidakstabilan politik dan serta pelbagai masalah yang membe­lenggu rakyat ketika ini.

“Titah Tuanku semalam adalah tepat pada waktunya kerana kita boleh lihat ketegasan Seri Paduka supaya pemimpin politik tidak lagi mengganggu gugat kerajaan sedia ada.

Jeniri

“Saya yakin selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang cuba untuk bermain politik dan membawa isu pertukaran kerajaan kerana Sultan Ibrahim tidak akan melayan perkara itu,”katanya kepada Kosmo!

Terdahulu, Sultan Ibrahim dalam titahnya pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 kelmarin menegaskan tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara.

Jeniri berkata, berdasarkan titah Sultan Ibrahim itu juga, beliau yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah sehingga ke penghujung penggal.

“Saya yakin tidak akan ada mana-mana Ahli Parlimen yang akan ingkar titah Seri Paduka. Kerajaan Perpaduan ini akan kekal sehingga hujung penggal.

“Kalau mahu uji kekuatan (politik), tunggulah sehingga habis penggal dan terjemahkannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Telah terbukti apabila kita sudah saksikan sebelum ini apabila ada pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri, ia menimbulkan banyak masalah sehingga merugikan negara dari segi pelaburan asing dan ekonomi,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN