fbpx
Sebahagian pengunjung yang beriadah di Taman Eko Lata Kolam Air Deru, Besut semalam.

1,000 pengunjung mandi air terjun setiap hari kerana cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Taman Eko Lata Kolam Air Deru, di sini menerima lebih 1,000 pengunjung setiap hari iaitu tiga kali ganda sejak 1 Februari berikutan cuaca panas melanda negara sejak cuti sekolah ini.

Pengurus Operasi Hutan lipur Lata Kolam Air Deru Ecopark, Ahmad Shahrin Kaswadi berkata, secara purata, taman rekreasi tersebut kehadiran itu sentiasa meningkat setiap hari.

“Tiga pengkalan perkelahan yang terdapat di kawasan ini penuh dengan pengunjung seawal pukul 8 pagi lagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Taman Eko Lata Kolam Air Menderu, di sini semalam.

Ahmad Shahrin berkata, semua bilik penginapan disediakan yang boleh memuatkan kapasiti 80 orang pada satu masa juga sentiasa penuh sejak dua minggu lalu.

Tambahnya, beliau menjangka kehadiran pengunjung akan te­rus meningkat menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba 12 Mac depan.

“Saya jangka ramai lagi akan mengambil kesempatan musim cuti persekolahan ini untuk membawa keluarga masing-ma­sing bercuti sebelum ketibaan bulan puasa.

“Kami meningkatkan kawalan dengan 25 pegawai keselamatan ditugaskan sepanjang waktu operasi untuk pantau cuaca, paras sungai dan pengunjung,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Nuraadila Suhaimi, 26, berkata, mereka sekeluarga memilih bercuti di Taman Eko Lata Kolam Air Deru untuk menghilangkan bahang panas di rumah bersama keluarga di kawasan air terjun.

“Air sungai yang sejuk mampu meredakan bahang, lagipun persekitaran di sini redup di keli­lingi pokok-pokok.

“Bayaran masuk yang dikenakan juga berbaloi iaitu RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN