fbpx
PENGADIL negara, Muhammad Nazmi Nasaruddin melihat VAR ketika mengadili perlawanan Iraq menentang Vietnam pada aksi Kumpulan D Piala Asia di Stadium Jassim bin Hamad baru-baru ini. - FAM

VAR: Liga M tunggu ‘lampu hijau’ FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak ­Malaysia (FAM) yakin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan memberi ‘lampu hijau’ bagi memastikan Video Bantuan Pengadil (VAR) dapat digunakan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Timbalan Presiden FAM, ­Datuk S. Sivasundaram berkata, badan induk antarabangsa itu akan datang ke Malaysia pada April depan untuk me­lakukan pemeriksaan dan menguji sistem fasa akhir.

“FAM bakal menjemput de­legasi FIFA bagi tujuan pemantauan dan penilaian sebelum kita mendapatkan pengiktirafan terhadap sistem yang sedang digunakan ketika ini.

“FIFA akan membuat ujian daripada segala aspek se­perti teknologi, pengujian di atas padang, pemerhatian untuk pengadil yang mengendalikan sistem terbabit serta ujian bagi perlawanan secara langsung.

“Sekiranya berjalan lancar, kita akan mendapat kelulusan daripada FIFA dan selepas itu barulah VAR sedia digunakan pada Liga M. Kemungkinan besar kita akan dapat kelulusan daripada FIFA,” kata Sivasun­daram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil.

Sebagai rekod, seramai 21 pengadil, 20 pembantu pe­ngadil dan sembilan pengadil ‘replay’ selesai menjalani latihan VAR yang diiktiraf FIFA.

Pengelola Liga M, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan teknologi VAR akan digunakan sepenuhnya menje­lang sepak mula saingan musim baharu pada 10 Mei depan.

MFL telah mengeluarkan dana sebanyak RM9.7 juta yang me­rangkumi kos penyediaan VAR bagi tahun pertama dengan menggunakan trak bergerak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN