fbpx
Sebahagian penduduk mengasingkan ikan ketika melakukan aktiviti pukat tarik di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus semalam.

Dapat banyak bahagi sama rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Aktiviti pukat tarik di pesisir pantai Terengganu termasuk Pantai Batu Rakit di sini, kembali aktif berikutan cuaca yang semakin baik pada penghujung musim tengkujuh.

Tinjauan di Pantai Batu Rakit semalam mendapati, penduduk bergotong-royong menarik pukat darat seawal pukul 7 pagi.

Seorang penduduk, Anuar Ngah, 55, berkata, aktiviti pukat tarik darat merupakan tradisi nelayan pesisir pantai di perkampungan tersebut sejak 50 tahun dahulu pada setiap penghujung musim tengkujuh.

“Biasanya angin sudah agak tenang dan ombak juga tidak begitu tinggi pada akhir musim tengkujuh ini.

“Nelayan memasang pukat di kawasan pantai sambil penduduk kampung lain pula me­nunggu di gigi pantai untuk menariknya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Nur Ain Amirah Mohamad Azhar, 34, pula berkata, aktiviti itu amat menyeronokkan dan menjadi hiburan buat masyarakat setempat setelah lama tidak dapat turun ke laut.

Dia berkata, antara hasil laut yang berjaya ditangkap adalah ikan tamban, selar baru, pari, ebek, belanak, sotong katak dan udang.

“Hasil tangkapan akan dibahagi sama rata. Aktiviti itu digemari anak-anak saya selain ia dapat mengimbau nostalgia pada zaman kecil saya dan diharap menjadi tarikan pelancong berkunjung ke sini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN