TOKYO – Dua robot prototaip yang membantu menjaga bayi di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak didedahkan pada Rabu lalu, lapor portal berita The Mainichi.
Ia didedahkan kepada umum oleh syarikat Nissan Motor Co. dan pembuat barangan bayi, Akachan Honpo Co.
Sebuah robot bernama Iruyo itu diletakkan menghadap bayi di tempat duduk belakang dan robot kedua berada berhampiran tempat duduk pemandu.
Apabila pemandu berkata, ‘Iruyo’ (saya di sini), ‘Inai-inai ba’ dan dua frasa lain kepada robot berdekatan, robot yang satu lagi akan melambai tangannya dan membuat pergerakan lain untuk menenangkan bayi.
Robot di tempat duduk belakang juga menggunakan kamera untuk mengesan perubahan ekspresi muka bayi.
Ia menghantar maklumat ini kepada robot berhampiran tempat duduk pemandu yang memberitahu pemandu sama ada bayi itu terjaga atau sedang tidur.
Pada masa ini, tiada rancangan untuk menjual robot tersebut. – AGENSI














