fbpx
KOREA Selatan kempunan untuk meraih kemenangan pada aksi terakhir selepas diikat Malaysia 3-3 di Stadium Al Janoub kelmarin. – AFP

Piala Asia: Klinsmann nafi elak temu Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DOHA – Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menepis dakwaan bahawa pasukannya sengaja me­raih keputusan seri 3-3 bertemu Malaysia kelmarin kerana mahu mengelak bertemu Jepun di pu­singan 16 terbaik.

Sebagai rekod, skuad Taeguk Warriors menamatkan saingan di kedudukan kedua Kumpulan E selepas mencatat keputusan seri 3-3 menentang Malaysia ketika Bahrain mencipta kejutan muncul juara kumpulan apabila menewaskan Jordan 1-0 kelmarin.

Situasi tersebut menyaksikan Korea Selatan bakal menentang Arab Saudi di pusingan 16 terbaik minggu depan, manakala Bahrain ‘dijodohkan’ menentang negara pilihan, Jepun dalam usaha layak ke suku akhir nanti.

“Sasaran kami adalah untuk muncul juara kumpulan dan tidak pernah terlintas untuk mengelak pasukan Jepun. Kini, kita akan menentang Arab Saudi dan ia juga bakal menjadi pertembungan epik,” kata pengendali import dari Jerman itu.

Mengulas mengenai perlawanan ‘gila’ bertemu skuad Harimau Malaya, Klinsmann mengakui, pasukan lawan bernasib baik selepas diberikan dua gol yang sepatutnya boleh dibatalkan oleh pengadil.

“Selepas melihat ulang tayang, saya akui Malaysia tidak sepatutnya diberikan sepakan penal­ti, manakala gol pertama mereka, ada terjahan yang dilakukan ke atas pemain kami. Namun, ­pengadil tetap mengekalkan ­jaringan tersebut.

“Apa yang pasti, saya percaya barisan pemain sudah berikan yang terbaik kerana kita sepatutnya menang perlawanan ini. Namun, fokus selepas ini adalah pusingan kalah mati yang pen­ting kita kekalkan rekod tanpa kalah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN