fbpx
Keluarga berharap Cikgu Hafiz pulang ke pangkuan keluarga bagi menyambut Ramadan.

‘Pulanglah Hafiz ke pangkuan kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Biarpun sudah tiga bulan Ustaz Mohd. Hafiz Jasmi, 38, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hafiz hilang, keluarganya tetap menaruh harapan lelaki ber­kenaan akan pulang ke pangkuan mereka suatu hari nanti.

Penantian lebih dirasai ibu Cikgu Hafiz, Zaiton Othman, 64, ekoran umat Islam akan me­nyambut Ramadan dan Aidilfitri kira-kira dua bulan lagi.

Adik mangsa, Mohamad Naquib berkata, seluruh ahli keluarga kini berdoa agar anak sulung daripada lima beradik itu berada dalam keadaan baik dan sihat serta menemui jalan pulang suatu hari nanti.

“Kini kehilangannya sudah lebih tiga bulan. Kalau dia masih hidup kami sekeluarga berdoa agar dia dilindungi Allah dan kembali ke pangkuan keluarga.

“Sehingga kini belum ada sebarang perkembangan terbaharu atau petunjuk yang jelas malahan tiada sesiapa yang menghubungi kami memaklumkan sama ada ternampak atau terjumpa abang saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Mohamad Naquib, sehingga kini keluarganya masih tidak tahu punca sebenar kehilangan Cikgu Hafiz selain belum ada perkembangan terbahru daripada pihak polis.

“Sejak kehilangan abang sehingga kini ada kenalannya dan kenalan keluarga kami datang ke rumah atau menelefon bertanyakan khabar,” ujarnya.

Bercerita lanjut, katanya, dia dan ibu serta rakan rapat abang­nya kerap bermimpi tentang Cikgu Hafiz terutama apabila teringat kepada guru berkenaan.

Jelasnya, kini urusan penca­rian kami serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan me­ngalu-alukan jika ada pihak lain yang mahu membantu asalkan mengikut saluran yang betul.

“Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada polis serta semua pihak yang sudi membantu kami,” katanya.

Cikgu Hafiz dilaporkan hilang sejak 8 November lalu di kawasan peranginan Sungai Sedim, Kulim. Kehilangannya menjadi tanda tanya apabila hanya kereta Proton Saga ditemui di kawasan peranginan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Azizul Mohd. Khairi berkata, ha­sil maklumat seorang saksi di tempat kejadian mendapati, Cikgu Hafiz dipercayai sudah me­ninggalkan kawasan berkenaan pada hari dia dilaporkan hilang.

Jelasnya, terdapat saksi melihat dengan jelas bahawa Cikgu Hafiz beredar dari tempat keja­dian dengan sebuah kenderaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN