fbpx
PELANGGAN memilih bawang merah Pakistan di sebuah pasar raya di Kubang Jela, Kuala Terengganu semalam.

Dulu RM5.30 sekilo, kini RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Bawang merah India bukan sahaja semakin berkurangan di pasaran, malah harganya juga melonjak hampir 100 peratus sejak pertengahan bulan lalu.

Tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa pasar basah, pasar raya dan kedai runcit di sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu semalam mendapati, bawang merah India kini berharga hampir RM10 seki­logram berbanding RM5.30 bagi kuantiti sama sebelum ini.

Kesan situasi ini bakal menyebabkan bawang merah yang diimport dari Pakistan, China dan Thailand naik harga dalam masa terdekat ekoran permintaan tinggi.

Seorang peniaga dikenali sebagai Zulkifli, 45, mendakwa, ­harga bawang merah India melonjak berikutan sekatan eksport dari negara pengeluar selain ketidakstabilan mata wang ringgit.

“Pada November lalu, harga­ bawang merah India cuma RM4.30 sekilogram, namun ia telah melonjak kepada hampir RM10 sejak bulan lalu.

“Bekalan bawang merah India juga semakin berkurangan di pasaran dan kita terpaksa membawa masuk yang diimport dari Pakistan, China dan Thailand sebagai ganti,” dakwanya ketika ditemui di Pasar Batu Enam semalam.

Zulkifli mendakwa, walaupun bawang merah Pakistan dan China jauh lebih murah iaitu antara RM5.20 sehingga RM6.20 sekilogram, namun kualitinya tidak sebaik dari India.

Pengurus sebuah pasar raya, Mohd. Fairuz Awang, 38, pula mendakwa, harga bawang merah Pakistan juga dijangka naik dalam masa terdekat.

Katanya, ini disebabkan permintaan tinggi terhadap bawang merah dari negara tersebut.

“Buat masa ini, pasar raya saya menjual bawang merah Pakistan pada harga RM5.20 sekilogram, manakala bawang merah India pula RM9.39.

“Harga semasa bergantung kepada pembekal dengan setiap kontena yang diimport harganya berbeza,” dakwanya.

Seorang suri rumah, Rohaizat Aini Johari, 32, pula berharap harga dan bekalan bawang import Pakistan dan China terus stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN