fbpx
Muncul khabar angin mengenai pelajar yang enggan membuang air besar di tandas. - Getty Images

Sekolah enggan sedia bekas najis kepada pelajar berjiwa kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pentadbiran sebuah sekolah di Britain terpaksa mengirim surat kepada ibu bapa untuk memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak akan menyediakan bekas najis kepada pelajar yang mengenal pasti diri mereka sebagai kucing.

Akhbar The Sun melaporkan, surat itu dihantar selepas tersebar khabar angin pelik mengenai rayuan yang dikemukakan untuk membina kemudahan berasingan bagi pelajar yang mengenal pasti diri mereka sebagai seekor haiwan peliharaan. 

Pentadbiran Sekolah West Monmouth juga menegaskan bahawa mereka tidak akan melayan pelajar yang enggan menggunakan tandas.

Timbalan guru besar, Claire Hughes berkata: “Kami mendapat perhatian bahawa terdapat beberapa pertanyaan dan kebimbangan yang dibangkitkan dalam masyarakat mengenai penggunaan dulang najis  di Sekolah West Monmouth.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi jaminan bahawa kami tidak dan tidak akan merancang untuk menyediakan sebarang bekas najis di sekolah ini,” katanya.

Awal tahun ini, sebuah sekolah menengah di Britain terpaksa menafikan khabar angin bahawa beberapa pelajarnya mengenal pasti diri mereka sebagai kucing. Terdapat juga dakwaan bahawa pelajar membuang air besar di atas lantai sekolah apabila bekas najis tidak disediakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN