fbpx
LOGO Mercedes Benz yang besar pada bahagian hadapan.

EQE 350+ EV sedan gaya mirip coupe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEBANYAKAN syarikat automotif menghasilkan kenderaan elektrik (EV) daripada jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) dan hatchback.

Pemilihan jenis kenderaan itu mungkin atas faktor trend semasa pengguna yang meminati SUV dan seumpamanya.

Jenama dari Jerman, Mercedes Benz tidak terkecuali, namun dalam masa yang sama syarikat itu turut membawa masuk dua barisan model EV sedan untuk pasaran Malaysia.

EV berkenaan, EQS dan EQE merupakan sedan dengan rekaan yang unik ke arah sebuah coupe.

Baru-baru ini penulis telah diberi peluang untuk memandu uji sebuah model EQE iaitu EQE 350+ yang lebih kecil daripada model EQS.

Jarak antara roda model EQE ini sedikit pendek berbanding EQS dan jentera ini membawa konsep kenderaan sedan yang tidak terlalu besar.

Panjang keseluruhannya ialah 4,946 milimeter (mm), tinggi (1,510mm) dan lebar (2,103mm).

Rekaan dalaman yang tampak futuristik dengan tempat duduk sporty yang unik.

Rekaan EQE 350+ ini juga kelihatan seperti sebuah kenderaan masa depan, namun tampak berbeza daripada konsep biasa. Rupanya sedikit ‘berkotak’ dan tampak futuristik.

Jeriji gril hadapannya bertutup sepenuhnya dengan logo Mercedes Benz bersaiz besar.

Pada bahagian sisi, jelas rekaan mirip sebuah coupe empat pintu. Model ini menggunakan rim AMG bersaiz 19 inci.

Tingkap tanpa bingkainya menambah aura sebuah coupe dan pemegang pintu tertanam membuatkan rasa mewah.

Bahagian belakang pula hadir dengan lampu memanjang serta spoiler ringkas.

Kenderaan sedan ini mempunyai panjang 4,946mm dengan rim bersaiz 19 inci.

Model EV ini menggunakan bateri lithium-ion yang menghasilkan kuasa maksimum 90.56kWh dengan jarak maksimum 669 kilometer (km) mengikut WLTP.

Penulis difahamkan sedan ini hanya memerlukan kuasa hingga 15.6 kWh untuk perjalanan sejauh 100km. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencecah 292hp dengan tork maksimum 565Nm.

Atas kertas, kelajuan maksimum EQE350+ ini mencapai 210 kilometer sejam (km/j) dan kadar pecutan dari pegun hingga 100km/j hanya 6.4 saat.

Masuk ke ruang kabin, papan pemukanya menggunakan skrin bersaiz besar sebagai panel meter dan skrin sentuh sebagai sistem infotainment.

Tempat duduk sporty menyerlahkan lagi imej sukan model ini.

Kesimpulannya, saya melihat model EQE ini lebih sesuai dipandu sendiri berbanding EQS yang mungkin menggunakan khidmat pemandu.

Rekaan futuristiknya memberikan imej tersendiri di samping jarak perjalanan yang agak jauh mengurangkan ‘range anxiety’. Ia sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada pengguna dalam memandu EV.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN