Penggunaan kredit secara bertanggungjawab penting bagi memastikan hasil kewangan yang baik dapat dicapai secara mampan. - GAMBAR HIASAN

‘Bank sama macam along, ada bunga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Industri perbankan dan along sama-sama mengenakan ‘bunga’, cuma bezanya kadar faedah tinggi atau rendah sahaja, manakala berlesen atau haram.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kedua-kedua pihak juga akan menekan peminjam jika gagal menjelaskan hutang.

“Jika gagal bayar ansurans bulanan dalam bulan-bulan tertentu, bank atau along akan tetap memaksa peminjam membayarnya tanpa kompromi.

“Solusinya sekarang ialah memperkasakan alternatif pembiayaan iaitu mempromosi pinjaman Qardhul Hassan, pembiayaan perumahan melalui musharakah mutanaqisah dan pembiayaan perniagaan melalui mudharabah dan musharakah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau memberitahu, ramai individu terpaksa meminjam duit dengan along kerana nama telah disenarai hitam dan gaji bulanan tidak melayakkan mereka membuat pinjaman bank.

Disebabkan itu katanya, mereka berurusan dengan along untuk mendapatkan duit segera.

“Rakyat kini semakin terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan mempunyai hutang menimbun, namun ingin membuat pinjaman bagi tujuan tertentu seperti perniagaan.

“Ada di kalangan peminjam merasakan mereka tiada lagi pilihan lain terutama apabila sudah disenarai hitam oleh pihak bank ekoran kegagalan bayaran pinjaman terdahulu.

“Mereka perlukan wang untuk terus hidup, jadi mereka sanggup ambil risiko berhutang dengan pihak along pula,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN