fbpx

Konflik Israel-Palestin: Mohammed tidak sempat hantar pembetulan Viva ke USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMED J. H Alzaanin bersama isteri dan empat anaknya yang turut terkorban dalam serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin.

SEREMBAN – Mangsa korban serangan bom rejim Zionis di Gaza yang juga calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Allahyarham Mohammed J. H. Alzaanin tidak sempat untuk menghantar pembetulan bagi pembentangan tesis (Viva) kepada pensyarah penyelianya.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan USIM, Dr. Ibrahim Fahad Sulaiman yang juga penyelia Ijazah Doktor Falsafah (PhD) berkata, dia sudah mengenali Allahyarham sejak empat tahun lalu dan menyifatkan Mohammed sebagai seorang pelajar yang merendah diri namun mempunyai semangat yang tinggi.

“Pada 3 Julai lalu, arwah (Mohammed) selesai menjalani program susulan selepas tesis iaitu Viva dan dia menangis kegembiraan kerana akhirnya dia dapat menyelesaikan Viva. Bagaimanapun, dia tidak sempat menghantar pembetulan (viva) pada saya.

“Pada 10 September lalu, dia sempat menghantar gambar swafoto ketika dia dalam penerbangan pulang ke Palestin. Itu kali terakhir kami berhubung dan saya amat terkejut dengan berita pemergian beliau dan keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan memaklumkan, dua pelajar siswazah universiti itu yang juga pasangan suami isteri, adalah antara mangsa yang terkorban dalam serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin

Kedua-dua mereka ialah calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia, Mohammed J. H. Alzaanin dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen yang merupakan pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi, USIM.

Mereka terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi, Ahad. Turut terkorban ialah empat orang anak mereka manakala seorang anak lagi dilaporkan terselamat.

“Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq. Turut terkorban ialah empat orang anak mangsa, hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat.

“Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam, turut terkorban ialah 20 orang ahli keluarga mangsa dalam serangan bom oleh rejim Zionis di Gaza itu,” kata kenyataan itu lagi.

Mohammed J. H. Alzaanin difahamkan baru sahaja selesai menjalani sesi Viva-Voce di USIM pada Julai lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI