fbpx
Anwar.

Dewan Rakyat: Projek pelaburan dari luar negara akan dilulus segera – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk melakukan beberapa perubahan mendadak supaya setiap projek pelaburan dari luar negara dapat diluluskan dengan segera.

Anwar berkata, perubahan itu penting memandangkan terdapat beberapa kebimbangan yang disuarakan berhubung projek-projek berkenaan.

Katanya, perubahan tersebut melibatkan pelbagai peringkat dalam kementerian bagi memastikan pelaksanaan semua projek itu berjalan lancar.

“Yang Berhormat harus faham bahawa untuk pelaksanaan itu, kadangkala ada disuarakan kebimbangan. Apabila diluluskan, yang disebutkan ‘ease of doing business’ itu kadangkala masih ada masalah.

“Oleh itu, saya telah menetapkan supaya kita lakukan perubahan yang agak mendadak. Bukan saja ‘one stop centre’ di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tetapi juga Jawatankuasa Pelaburan dan Perdagangan di bawah Menteri MITI, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri.

“Ini akan memastikan projek itu diluluskan dengan kadar segera,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) yang meminta Perdana Menteri menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.

Terdahulu Anwar memaklumkan, sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, sebanyak 17 lawatan ke luar negara telah diadakan.

Katanya, lawatan itu termasuklah ke negara ASEAN, China, Amerika Syarikat,
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan lain-lain.

“Hasil lawatan rasmi saya ke China pada 29 hingga 31 Mac 2023 telah menjana nilai potensi pelaburan sebanyak RM170.07 bilion melibatkan pelaburan komited sebanyak RM100.33 bilion hasil daripada
sesi meja bulat dengan pemimpin industri dan ketua perniagaan China.

“Manakala, potensi pelaburan sebanyak RM69.74 bilion daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat-syarikat Malaysia dan China semasa lawatan tersebut.

“Ini termasuklah pelaburan daripada Geely dan susulan daripada itu, saya akan ke Tanjong Malim pada esok hari sebagai usaha Kerajaan dalam menyakinkan pelaburan pembangunan Automotive
High Tech Valley dapat direalisasikan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN