fbpx
Budak itu kelihatan pasrah ketika menunggu bantuan. - Twitter

Budak pasrah kaki tersangkut ketika panjat pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA, Indonesia – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang kanak-kanak tersangkut dalam keadaan terbalik ketika memanjat pokok, lapor program berita Liputan6 semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @kegblgnunfaedh.

Berdasarkan rakaman, kanak-kanak itu  tenang menunggu bantuan tiba selepas kakinya tersangkut pada batang pokok ketika dia cuba memanjat turun.

Kakinya tergantung apabila seluarnya tersangkut pada pokok, manakala badannya jatuh mencecah tanah.

Dia tidak menangis, malah kelihatan kehairanan ketika menunggu perakam membantunya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Adiknya sudah berputus asa,” komen seorang netizen.

“Macam mana dia boleh tidak menangis atau menjerit? Nampak sangat dia sudah berputus asa,” kata netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN