MUNGKIN ada dalam kalangan kita pernah ada pengalaman pahit bertemu individu yang berperwatakan baik di depan, namun mengata macam-macam di belakang seolah-olah dia tidak pernah buat dosa. Orang sebegini disifatkan sebagai individu bermuka-muka yang mana peribahasa Melayu sendiri menggelarnya sebagai talam dua muka. Ia boleh menjadi barah dalam masyarakat. Justeru, kita perlu berwaspada dengan sikap bermuka-muka seperti ini kerana ia sangat berbahaya. Mereka yang mempunyai sifat sedemikian mudah mendapat kepercayaan, diberi amanah dan akhirnya mengkhianatinya demi kepentingan peribadi. Berbekalkan mulut……














