fbpx

Isteri ganggu suami tonton perlawanan bola sepak didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joanne dan Steve Healey. - Joanne Healey/ Cavendish Press (Manchester) Ltd

LONDON – Seorang suri rumah di Britain didapati bersalah melakukan gangguan selepas berulang kali menelefon ketika suaminya menonton perlawanan bola sepak di rumah rakannya, lapor akhbar Daily Star.

Joanne Healey, 59, mengganggu suaminya, Steve, 60, ketika dia menonton perlawanan bola sepak pasukan Chelsea menentang Manchester United di rumah pasangan Ashworth.

Apabila Steve tidak menjawab panggilan, Joanne menelefon pula nombor rumah rakan suaminya, John dan Debbie Ashworth. Dia mengganggu pasangan itu sebelum memanggil mereka ‘pedofilia’.

Setelah Steve pulang ke rumah selepas perlawanan berakhir, isterinya disoal siasat oleh polis berhubungan panggilan yang dibuat ke kediaman pasangan Ashworth di Rock Ferry, Merseyside. Joanne didapati mabuk ketika kejadian.

Pertikaian berlaku pada Oktober tahun lalu selepas Joanne bertengkar dengan Debbie setelah dia diminta meninggalkan kelab seni mempertahankan diri yang ditubuhkan olej pasangan Ashworth kerana tabiat minum alkohol.

Joanne dilaporkan mendera Debbie melalui mesej teks, media sosial dan panggilan beberapa hari menjelang perlawanan yang ditonton Steve.

Wanita itu tidak mempunyai sabitan mahkamah sebelum ini dan tidak jelas sama ada dia masih kekal bersama suaminya sehingga kini.

Suri rumah itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Wirral, Birkenhead. Dia diperintahkan menghadiri aktiviti pemulihan selama 20 hari dan membayar denda  £234 (RM1,371). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI