fbpx
KETAGIHAN terhadap media sosial boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental individu. – GAMBAR HIASAN

‘Ketagih’ drama Korea, tonton tanpa mengira waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Rata-rata ge­nerasi muda menyifatkan mereka tidak mampu mengawal diri daripada menggunakan aplikasi media sosial dalam kehidupan seharian.

Seorang pengguna media sosial, Abqariyah Abd. Halim, 26, berkata, dia sendiri merasa ke­tagih apabila sering menghabiskan masa menonton drama Korea di aplikasi media sosial.

Jelasnya, pengaruh drama Korea mendorongnya untuk terus menonton tanpa mengira masa termasuk ketika waktu bekerja.

“Bukan mudah untuk tinggalkan tabiat itu sebab sudah lama terpengaruh dengan drama-drama Korea, sejak dari zaman menggunakan komputer riba hingga telefon pintar,.

“Jadi, saya sifatkan aktiviti melayari sosial media untuk menonton drama Korea seperti ‘dirasuk hantu’ kerana sentiasa ingin menontonnya tanpa mengira masa,” katanya.

Gambar hiasan

Ismail Isahak, 32, pula mengakui menghabiskan masa melayari media sosial sehingga lima jam sehari bagi mengisi masa lapang selain mahu menghilangkan tekanan selepas bekerja.

“Saya memang jarang keluar rumah dan ini sahaja aktiviti yang boleh dilakukan. Memang ada yang mengatakan saya sangat membosankan sebab tidak suka bergaul, tetapi melepak juga tidak mendatangkan faedah jika terlalu lama.

“Apabila melayari media sosial, saya berasa lebih selesa ke­rana kandungan yang dihasilkan menarik sehingga mampu bertahan untuk menonton untuk tempoh lebih lama,” jelasnya.

Berbeza dengan Muhammad Afif Afnan, 29, dia mengakui se­ring menghabiskan masa bermain permainan video di telefon pintar bagi tujuan menambah kenalan.

“Selain mencari kenalan baru, permainan video secara online ini juga membolehkan saya menghilangkan rasa bosan le­bih-lebih lagi ketika mempunyai masa lapang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN