fbpx
Gambar hiasan.

Budak lelaki 3 tahun mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut, dipercayai dibunuh dalam kejadian di Cheng, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, jenayah itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Melaka, memaklumkan menerima mangsa di Zon Merah dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 6.50 pagi.

Katanya, mangsa telah diberikan bantuan pernafasan (CPR) selama satu jam 10 minit, namun tidak menunjukkan sebarang tanda positif sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi.

“Pada pukul 10.30 pagi mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Pemeriksaan awal doktor bagaimanapun mendapati, mangsa mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, di sini hari ini.

Ujarnya, susulan penemuan itu soal siasat telah dilakukan ke atas ibu mangsa dan teman lelakinya yang masing-masing berusia 24 serta 25 tahun.

“Hasil soal siasat, ibu si mati mendakwa dia telah menghantar mangsa ke rumah teman lelakinya di kawasan Cheng pada pukul 5.30 pagi untuk berubat kerana kanak-kanak tersebut mengalami muntah-muntah.

“Bagaimanapun pada pukul 6.20 pagi, wanita terbabit dihubungi teman lelakinya memaklumkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri, dan dia kemudian datang mengambil anaknya serta lelaki tersebut untuk ke Hospital Melaka,” katanya.

Katanya, sehubungan itu satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN