fbpx

Fabregas secara rasmi gantung but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FABREGAS kini menjadi ketua jurulatih baharu buat pasukan Como B dan Primavera bagi projek jangka panjang kelab Itali tersebut.

COMO, Itali – Bekas bintang Arsenal, Barcelona dan Chelsea, Cesc Fabregas meng­umumkan persaraannya daripada bola sepak profesional pada usia 36 tahun dan kini merancang untuk ‘terjun’ ke bidang kejurulatihan.

Fabregas telah memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea dan La Liga ketika mewakili Barcelona selain Piala Dunia 2010 serta dua saingan Euro dengan Sepanyol.

Malangnya, Fabregas gagal merasai gelaran Liga Juara-Juara bersama semua kelab diwakilinya sepanjang 20 tahun sebagai pemain profesional dengan muncul naib juara edisi 2005/2006 bersama Arsenal adalah pencapaian terbaiknya.

“Dengan penuh kesedihan sudah tiba masanya untuk saya menggantung but secara rasmi. Saya tidak akan lupakan hari pertama di Barcelona, Arsenal, kembali ke Barcelona, Chelsea, AS Monaco dan akhir sekali Como.

“Saya menghargai segala pengalaman ini. Saya telah memenangi semua kejuaraan di England serta Sepanyol dan hampir semuanya di peringkat Eropah. Terima kasih di atas pengalaman terindah ini,” kata Fabregas.

Kini, Fabregas mahu me­numpukan sepenuh perhatiannya kepada projek baharunya bersama barisan kejurulatihan Como yang bersaing dalam saingan Serie B di Itali.

Sebagai rekod, Fabregas memulakan kariernya bersama Akademi Barcelona sebelum menyertai Arsenal ketika berusia 16 tahun pada 2003 sebelum kembali menyertai The Catalans lapan tahun kemudian.

Selepas tiga musim di Camp Nou, Fabregas kembali ke London dengan menyertai Chelsea dari 2014 hingga 2019 dan kemudiannya berkelana ke Pe­rancis bersama Monaco sebelum ber­hijrah ke Como tahun lalu sebagai kelab terakhir­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI